26 May 2010

Kepada Nya jua lah kamu akan kembali

Hujung minggu lepas aku kembali ke kampung halaman untuk menyertai persidangan UMNO cawangan. Aku tiba seawal hari Sabtu supaya saki baki persiapan dapat dilakukan. Tambahan ayah telah meng'amanah'kan ku untuk menghadiri satu kenduri perkahwinan di dalam kampung. Aku tiba bertemankan tok yang juga mengambil kesempatan pulang untuk melihat keadaan rumahnya yang lama tidak dijenguk sejak pulih dari serangan angin ahmar. Alhamdullilah perjalanan kami balik ke Tasek Gelugor selamat.

Mujur ada kakak dan keluarga yang sudi meneman tok di kala malam. Itu yang lebih baik dari mengharapkan aku yang pasti akan sibuk (buat2 sibuk) untuk memastikan perjalanan persidangan kali ini berjalan lancar. Menjawat sebagai Ketua Pemuda Cawangan, aku harus memastikan kuota kehadiran ahli ke mesyuarat mencukupi jika tidak kami tidak akan dapat bersidang. Lalu bertali arus sms ku kirim pada rakan2 agar menunaikan tanggungjawab sebagai ahli. Terkadang termenung juga ku memikir apa caranya semangat dan tanggungjawab dapat dipupuk di kalangan masyarakat kampungku. Yang berjiwa muda terus 'masyuk' dengan arus hiburan manakala yang tua  terpaksa berpenat lelah dalam mencari sedikit kesenangan.   

Hari ditunggu tiba juga. Petang Ahad itu kami semua berkumpul sekali lagi di Dewan PAKK bagi menjalankan tanggungjawab. Bermula dengan persidangan pemuda yang bersidang di bawah pokok ala kerajaan PR Perak suatu ketika dulu. Perjalanan mesyuarat lancar dengan kehadiran 12 ahli. Aku agak gusar awalnya kerana ku kira makin ramai kurang berminat pada UMNO. Tampak semacam ada kelesuan dalam organisasi UMNO masakini.

Selesai mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, kami disatukan dalam mesyuarat yang lebih  besar penglibatan iaitu mesyuarat cawangan. Ini merupakan kemuncak persidangan UMNO di peringkat cawangan dengan semua ahli di cawangan bersidang bersama. Acara yang dinantikan oleh setiap ahli UMNO cawangan untuk bersama2 bermesyuarat dalam merangka kerangka halatuju UMNO di masa hadapan.

Ketua UMNO Cawangan, Hj Roslan memulakan ucaptama beliau tentang senario politik masakini, bagaimana undi pengundi Cina menjadi faktor kemenangan dan kekalahan BN. Ramai beranggapan pengundi Cina mula beralih arah tetapi ramai sebenarnya tidak sedar bahawa pengundi Melayu pun sedemikian rupa. Cuma yang membezakan antara keduanya adalah sebilangan besar bangsa Cina mendaftar sebagai pengundi walhal orang Melayu hanya gah memperkata tentang hak bangsa tetapi tatkala perlu diterjemah dalam bentuk undi tidak pula yang berdaftar. Inilah polemik bangsa ku

Kami sebulat suara di belakang ketua cawangan dalam membawa usul pemberian lesen perjudian bola oleh kerajaan harus dikaji semula. Semua bersetuju tidak ada faedahnya menaksir cukai dari sumber yang tidak halal. Apatah lagi dalam senario politik masakini hanya akan memberi modal besar kepada pembangkang membawa isu dan mendapat 'mileage' politics. Kerajaan seharusnya konsisten dalam perjuangan menegakkan agama. Tidak boleh ada timbang tara dalam 2 isu (Kalimah Allah dan Lesen Judi) kerana kedua- duanya melibatkan pendekatan kerajaan. Jangan sampai rakyat mencebik tindak tanduk kerajaan yang tidak sensitif dalam 2 isu ini.

Ketika mesyuarat menuju pengakhiran, Bendahari UMNO Cawangan, Paksu Bakary mengambil kesempatan menyampaikan amanat. Beliau memohon agar warga emas jangan dipersiakan. Tidak disangka itu merupakan wasiat terakhir beliau. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir sejurus selesai memberikan ucapan. Dalam keadaan kelam kabut, semua harus menerima ini adalah ketentuan. Walaupun digamit kesedihan, pemergian beliau harus diredhai. Benarlah ayat ayat dari Tuhan - Daripada Allah kamu datang, dan kepadaNya jua kamu akan kembali.

Alfatihah buat arwah.





19 May 2010

It about time to have DNA bank

The government has pass a bill on DNA. The bill permit police to use any DNA results as prove in court. It is learnt one 'high profile' court case will depend on the outcome of DNA proofing. If it materialise, it will be a landmark ruling to the judistiction of this country.

The  DNA shouldnt be seen as prove for  crime investigation only. With the high statistics of newborn babies being left in the wood, maybe it's high time to introduce a DNA bank to collect all 28 million population DNA Data. Hence whenever a newborn is found, it will be easy to catch up the perperators and charge them in court.

Would it be something difficult to implement?
or would it be as difficult as when the DNA bill was first mentioned in Parliament for hearing?

15 May 2010

Farihah Idris Wedding Reception

Today is an auspicious day for some. My cousin got married and everyone of us are here to grace her reception.

It's hard to get everyone together and opportunity like this don't come easy hence to hv most of relatives for the event was truly fantastic.

My dad is from a large family of 7. He has 3 brothers and 3 sisters. He is the fifth of the family. God bless all of his siblings still alive and kicking. The event bring them together once again.
They were very close before and even closer now. With children all grown up in front of their eyes and now counting grand children, life never been exciting to each and every one of them albeit some up and down over the years

Today was a happy day for paksu idris's family, the youngest. They accept a son in law in their family. As our nucleus family grow older, I wish the bonds that tie us as family last to the next generation. God's will.

Sent by mymorky plan

25 April 2010

Mencari jalan kebenaran

Hari ni terlibat dgn program motivasi keibubapaan di masjid. 1 program anjuran j/k qaryah Masjid Pokok Machang. Kumpulan sasaran adalah ibu bapa dan pelajar. Penyertaan sangat baik terutama kaum ibu yang menunjukkan komitmen tinggi acapkali ada program di kampung.

2 penceramah jemputan dari UiTM hadir memberi ceramah motivasi kpd kumpulan sasar. Kedua dua mereka menyampaikan ceramah dengan baik cuma samada penyampaian mereka dpt diterima oleh anak-anak qaryah menjadi tanda tanya. Hairan dgn sikap dan ragam bangsaku. Walaupun disogok bermacam2 dorongan dan peluang oleh pihak masjid/ pemimpin masyarakat untuk melihat mereka berjaya namun sambutan dari mereka nampak lesu. Pendekatan bagaimana lagi yang mereka inginkan?

Mungkin penceramah lebih keras yg dpt mencabar keupayaan minda mereka boleh mengubah persepsi kebergantungan mereka pada keadaan sekeliling yang terlalu membantu atau mungkin mereka terlalu selesa dgn 'tongkat' dari kerajaan?

Terlalu manja bangsa ku ini...
Sent by mymorky plan

18 April 2010

Percaturan Formula 1Malaysia

1. PRK P94 Hulu Selangor merupakan pentas terbaik untuk melihat sejauh mana formula 1 Malaysia di terima rakyat. Meletakkan calon berbangsa India (MIC) di kawasan kepadatan penduduk adalah orang Melayu merupakan satu percaturan yang berisiko. Namun ini merupakan satu platform untuk menilai sejauh mana gagasan 1 Malaysia berjaya meresap ke sanubari hati rakyat.

2. Uniknya, 3 KADUN dalam Parlimen P94 ini diwakili semuanya oleh ADUN dari BN dimana 2 orang adalah wakil rakyat UMNO dan 1 orang wakil rakyat MCA. Maka meletakkan MIC sebagai calon merupakan 1 formula ke arah mewujudkan persefahaman yang kental di antara kesemua wakil rakyat BN yang terdiri berbilang kaum dalam menjuarai rakyat.

3. Namun dalam menghadapi hari penamaan calon pada 17 hb ini, kelihatan BN masih tercari calon dari MIC yang mampu diketengahkan kepada pengundi. Di pihak MIC mahu mengekalkan muka lama Dato Palanivel yang kalah tempoh hari pada PRU 12 manakala terdapat suara akar umbi yang mahukan calon yang lebih muda atau wajah baru. Ini selaras dengan kehendak rakyat yang progresif mahukan calon yang boleh membawa nafas baru kepada kawasan Hulu Selangor.

4. BN telah memdengar denyut nadi rakyat dengan mencalonkan seorang wajah baru sebagai calon iaitu P Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC. Samada beliau calon kompromi atau sebaliknya, biarlah pengundi HS menentukan nasibnya. Yang nyata, kekalahan di Pihak BN, maka MIC sudah boleh dikibar sebagai tidak relevan dalam senario politik semasa.

Selamat Berjuang!

updates: Pertandingan 4 penjuru di Hulu Selangor, PKR, BN dan 2 calon bebas

14 April 2010

P1 WIMAX not going forward. shesh!

I am so not recommending P1 wimax as  internet/WIMAX connection provider. It has been 2 weeks and my connection was never back to the expectation of a WIMAX license holder, chaitt! I was dupe of having WIMAX since it was so easy to connect without me need to have a telecom land line. This is what they have been promoting through their ad but indeed it was a real failure.


Enticing the public to change to P1 without the company themselves not having a proper infrastructure to cater the increasing demands of traffics was simply irresponsible and I am way pissed with the whole business approach. 

It is time for us as users to make known our rights for 70% internet access to this bugger provider and ask them to keep their promise to Govt on giving the best service. Otherwise thier license should be revoke. Let them know our consumers rights.

Damn.. mmg marah sbb i miss to update my blog for so long.

10 April 2010

oh ohh kuale calling

oh oh i am going to be young again.
off to kuale..
miss cendol gerai no 8. :)