15 July 2008

Penangan seorang insan bernama Anwar!

Semalam satu KL 'terhenti' gara-gara pihak polisi begitu taksub menghalang sebarang perhimpunan yang dijangka akan dianjur oleh seorang insan bernama Anwar! Atas ketaksuban polisi itu, bukan sahaja seorang insan yang di'anaktiri'kan malah beribu penduduk warga KL juga terpalit dan terjerumus dalam permasalahan. Tidak cukup  dengan bahana bebanan harga minyak dan inflasi dan kali ini rakyat KL diajak pula tidak produktif dan hilang konsentrasi?! Adoi sudahlah wahai pak menteri oi
Seluruh laluan ke Parlimen ditutup polisi untuk mencegah sebarang ketidaktentuan. Tambahan di Parlimen pihak pembangkang cuba mengusul satu perbincangan tidak percaya terhadap kepimpinan. Sayang, perbincangan tanpa undi tersebut tidak diterima tuan Speaker kerana tidak termaktub dalam ketetapan. Pembangkang seperti biasa bertindak keluar dewan tanda tidak sehaluan. 
Apa juga yang berlaku di dewan yang mulia, di dalam suasana pendingin hawa tidak akan sama dengan kisah kami-kami di jalanraya. Tengik dan hangat,  merangkak dan lambat. Tak mustahil ada yang memaki hamun menyumpah seranah atas ke'gejoloh'an sikap pemerintah yang aku kira membuat kesilapan!
Betul kata Tun Mahathir, berjuta juta gelen minyak dibakar tidak ketahuan di jalanraya hatta memenuhi tuntutan keselamatan. Harap YAB PM melihat perkara  ini secara serius kerana ini bukan cara terbaik mencegah permasalahan.

Apapun yang berlaku, penangan insan bernama Anwar sungguh hebat dan terkesan! 




No comments: