16 July 2009

checklist minggu ini


notice for upcoming sukaneka/larian P masjid.
date next meeting with pemuda qaryah
duit kenduri
kad calon no 5 G2
ucapan penangguhan persidangan pemuda UMNO Bahagian.

setakat ini hanya duit kenduri - checked.
yang lain.. arghhh.
tolon... tolon..

11 July 2009

Hujung minggu 1 - detik mula satu perjalanan

Hujung minggu ini agak muram di P Pinang. Mungkin dek hujan yang turun tidak berhenti sejak malam jumaat. Hairan, dalam kekalutan mengharungi musim el nino ini, masih kedapatan hujan turun berselang hari. Rezeki dari Tuhan, telahanku. Harus bersyukur...

Hari ini juga merupakan perayaan 100 hari Pak Perdana Menteri memegang tampuk pemerintahan negara. Kedengaran begitu ramai yang hadir memberi sokongan. Ada juga yang hadir sekadar mendapat kepastian. Ramai juga yang datang untuk berlaga bahu dgn pak menteri pilihan. Apapun, harapan rakyat dan tanggungjawab yang digalas harus selari dan menyakinkan. Jika tak mahu rakyat lari kerana kali ini rakyat sudah bijak membuat pilihan.

Cukup soal nasional, keutamaan adalah isu lokal!

Malam ini sekali lagi anak qaryah akan bertemu bagi memperincikan program yang di atur. Dari kaca mata kasar, program Jom Pi Masjid nampak mudah dianjur. Hakikatnya, bukan semua tenaga dan kudrat dapat digembleng bersama. Sukar sebenarnya jika Hati dan Jiwa tidak berpadu namun kita harus berserah. Inilah harga sebuah keikhlasan dan pengorbanan. Bila lagi anak bangsaku akan pandang ke depan?!

Harapanku tema kali ini bakal membuka ruang minda - Bermuafakat Mantapkan Ukhuwah harus jadi pedoman.

Petang esok juga merupakan acara bersejarah. Akhirnya Ketua Bahagian ku menunjuk muka. Alhamdullilah walaupun ambil masa hampir setahun. Cuma sayang, kerana dia tidak punya 100 hari pertama lagi. 100 hari nya berlalu begitu sahaja dan sekarang adalah masa bekerja. Dia harus menghadapi rakyat yang sekarang sudah pandai bertanya dan pastinya banyak yang ingin disoalkan oleh penduduk. Dia harus bersedia menghadapi rakyat. Rakyat ada hak bertanya kerana tanpa rakyat siapalah kita.

Sebagai permulaan.. mungkin soalan ini layak ditanya? "YB, setelah mengharungi cabaran dan memberi perkhidmatan kepada rakyat sejak memegang tampuk perintah, bersediakah YB menghadapi pilihanraya seterusnya?" Selamat maju jaya, YB

8 July 2009

3 minggu yang bakal memenatkan

3 minggu mendatang bakal menyaksikan keringatku dikerah 200%. Bermula dari minggu ini jadual ku penuh. Mujur masa kualiti bersama isteriku telah ku tunaikan. (Jangan fikir kotor!.. quality time maksudnya bershoppinG!)

Aku bakal mengharungi situasi yang penuh stres dan kekalutan. Bersedia dari segi mental dan fizikal harus aku. Jangan khuatir kerana hasil dari perjalanan getir ini akan membuahkan hasil dan saat kepuasan berbakti untuk masyarakat setempat.

Doakan aku berjaya. Amin