Hujung minggu ini agak muram di P Pinang. Mungkin dek hujan yang turun tidak berhenti sejak malam jumaat. Hairan, dalam kekalutan mengharungi musim el nino ini, masih kedapatan hujan turun berselang hari. Rezeki dari Tuhan, telahanku. Harus bersyukur...
Hari ini juga merupakan perayaan 100 hari Pak Perdana Menteri memegang tampuk pemerintahan negara. Kedengaran begitu ramai yang hadir memberi sokongan. Ada juga yang hadir sekadar mendapat kepastian. Ramai juga yang datang untuk berlaga bahu dgn pak menteri pilihan. Apapun, harapan rakyat dan tanggungjawab yang digalas harus selari dan menyakinkan. Jika tak mahu rakyat lari kerana kali ini rakyat sudah bijak membuat pilihan.
Cukup soal nasional, keutamaan adalah isu lokal!
Malam ini sekali lagi anak qaryah akan bertemu bagi memperincikan program yang di atur. Dari kaca mata kasar, program Jom Pi Masjid nampak mudah dianjur. Hakikatnya, bukan semua tenaga dan kudrat dapat digembleng bersama. Sukar sebenarnya jika Hati dan Jiwa tidak berpadu namun kita harus berserah. Inilah harga sebuah keikhlasan dan pengorbanan. Bila lagi anak bangsaku akan pandang ke depan?!
Harapanku tema kali ini bakal membuka ruang minda - Bermuafakat Mantapkan Ukhuwah harus jadi pedoman.
Petang esok juga merupakan acara bersejarah. Akhirnya Ketua Bahagian ku menunjuk muka. Alhamdullilah walaupun ambil masa hampir setahun. Cuma sayang, kerana dia tidak punya 100 hari pertama lagi. 100 hari nya berlalu begitu sahaja dan sekarang adalah masa bekerja. Dia harus menghadapi rakyat yang sekarang sudah pandai bertanya dan pastinya banyak yang ingin disoalkan oleh penduduk. Dia harus bersedia menghadapi rakyat. Rakyat ada hak bertanya kerana tanpa rakyat siapalah kita.
Sebagai permulaan.. mungkin soalan ini layak ditanya? "YB, setelah mengharungi cabaran dan memberi perkhidmatan kepada rakyat sejak memegang tampuk perintah, bersediakah YB menghadapi pilihanraya seterusnya?" Selamat maju jaya, YB

No comments:
Post a Comment