Showing posts with label m'sia politics. Show all posts
Showing posts with label m'sia politics. Show all posts

8 July 2011

Malaysia juga ada HAK sebagai negara bangsa

Dalam kita meniup semangat ke medan perjuangan, terkadang kita mungkin terlupa dan terleka bahawa bumi Malaysia sudah berdiri 54 tahun lamanya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap warganegara Malaysia punya hak masing-masing tidak kira hak individu, hak bangsa, hak beragama mahupun hak berhimpun yang ingin sama-sama kita perjuangkan. Namun, dalam kita bersemangat menegakkan hak kita, jangan sesekali kita terlupa bahawa Malaysia sebagai sebuah negara juga punya HAK untuk terus berdiri 100 tahun lagi sebagai sebuah negara bangsa yang harmoni, bertoleransi, bertamadun dan berdaulat!

Perhalusi iltizam pejuang kemerdekaan terdahulu yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara untuk semua bangsa berbilang kaum. Apa yang diinginkan oleh bapa-bapa kemerdekaan kita adalah sebuah bangsa Malaysia yang hidup berharmoni dengan berbilang latar belakang dan kepercayaan mampu bertoleransi antara satu sama lain dan meletakkan nilai integriti sebagai asas perpaduan nasional.

Oleh itu perbetulkan niat dan keikhlasan kita dalam menuntut perjuangan hak masing-masing. Jangan sesekali menidakkan HAK bumi Malaysia yang bertuah ini.

Semoga rasional dan akal budi menguasai jiwa, jangan sesekali membiarkan emosi mencetus gelora di dada. Kerana apa jua yang ingin kita perjuangkan semalam, hari ini mahupun hari esok adalah untuk tanahair kita Malaysia yang tercinta. Demi anak bangsa, demi generasi Malaysia akan datang! Berdoalah pada Tuhan, setiap insan yang bergelar warganegara Malaysia juga punya intipati perjuangan yang sama walaupun dengan cara berbeza.

Semoga Tuhan bersama kalian!

22 May 2011

An excellent speech by YB TS Tengku Razaleigh Hamzah

By the permission of Tengku Razaleigh webpage admin. Dedicated to all politician aspirant out there. Let us start a new real clear politics.

Thank you for inviting me to speak with you. I am truly honoured. I have played some small role in the life of this nation, but having been on the wrong side of one or two political fights with the powers that be, I am not as close to the young people of this country as I would hope to be.

History, and the 8 o’clock news, are written by the victors. In recent years the government’s monopoly of the media has been destroyed by the technology revolution.

You could say I was also a member of the UKEC. Well I was, except that belonged to the predecessor of the UKEC by more than fifty years, The Malayan Students Union of the UK and Eire. I led this organisation in 1958/59. I was then a student of Queen’s University at Belfast, in a rather cooler climate than Kota Bharu’s.

Your invitation to participate in the MSLS was prefaced by an essay which calls for an intellectually informed activism. I congratulate you on this. The Youth of today, you note, “will chart the future of Malaysia.” You say you “no longer want to be ignored and leave the future of our Malaysia at the hands of the current generation.” You “want to grab the bull by the horns... and have a say in where we go as a society and as a nation.”I feel the same, actually. A lot of Malaysians feel the same. They are tired of being ignored and talked down to by swaggering mediocrities.

You are right. The present generation in power has let Malaysia down.

But also you cite two things as testimony of the importance of youth and of student activism to this country, the election results of 2008 and “the Prime Minister’s acknowledgement of the role of youth in the development of the country.”

So perhaps you are a little way yet from thinking for yourselves. The first step in “grabbing the bull by the horns” is not to required the endorsement of the Prime Minister, or any Minister, for your activism.

Politicians are not your parents. They are your servants. You don’t need a government slogan coined by a foreign PR agency to wrap your project in. You just go ahead and do it.

12 May 2011

my rambling on facebook. hahah

It amused me that we would argue more on petty issue such non presence till end of assembly rather than try to seek knowledge of what actually transpired from the speech. It just showed lack of depth and understanding about the more pertinent matters that need to be clarified and discussed.

KB is not answerable to only one person but he and the committee are accountable to all TG UMNO members.

UMNO as a party must not only be perceived as clean but must uphold integrity at the highest level in order to continue receiving resounding support from Malays grassroots.

If UMNO fail to do so, the perception of UMNO struggles for the Malays 'Dulu, Kini dan Selamanya' will slowly fade away.

Let's argue more on that, shall we?
And Happy 65th anniversary UMNO!

18 April 2010

Percaturan Formula 1Malaysia

1. PRK P94 Hulu Selangor merupakan pentas terbaik untuk melihat sejauh mana formula 1 Malaysia di terima rakyat. Meletakkan calon berbangsa India (MIC) di kawasan kepadatan penduduk adalah orang Melayu merupakan satu percaturan yang berisiko. Namun ini merupakan satu platform untuk menilai sejauh mana gagasan 1 Malaysia berjaya meresap ke sanubari hati rakyat.

2. Uniknya, 3 KADUN dalam Parlimen P94 ini diwakili semuanya oleh ADUN dari BN dimana 2 orang adalah wakil rakyat UMNO dan 1 orang wakil rakyat MCA. Maka meletakkan MIC sebagai calon merupakan 1 formula ke arah mewujudkan persefahaman yang kental di antara kesemua wakil rakyat BN yang terdiri berbilang kaum dalam menjuarai rakyat.

3. Namun dalam menghadapi hari penamaan calon pada 17 hb ini, kelihatan BN masih tercari calon dari MIC yang mampu diketengahkan kepada pengundi. Di pihak MIC mahu mengekalkan muka lama Dato Palanivel yang kalah tempoh hari pada PRU 12 manakala terdapat suara akar umbi yang mahukan calon yang lebih muda atau wajah baru. Ini selaras dengan kehendak rakyat yang progresif mahukan calon yang boleh membawa nafas baru kepada kawasan Hulu Selangor.

4. BN telah memdengar denyut nadi rakyat dengan mencalonkan seorang wajah baru sebagai calon iaitu P Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC. Samada beliau calon kompromi atau sebaliknya, biarlah pengundi HS menentukan nasibnya. Yang nyata, kekalahan di Pihak BN, maka MIC sudah boleh dikibar sebagai tidak relevan dalam senario politik semasa.

Selamat Berjuang!

updates: Pertandingan 4 penjuru di Hulu Selangor, PKR, BN dan 2 calon bebas

6 February 2010

Dey YAB, lu che sin aa (awak sudah gila ka?)

khusyuk aku menonton berita Awani jam 12 tengah malam tadi melihat kebobrokan isu dan ragam rakyat Malaysia hari ini. Dari kes profil tinggi di mahkamah sehinggalah demonstrasi jalanan di Pulau Pinang, tidak habis-habis sentimen politik, retorik perkauman dimainkan. Yang hebat; dalam setiap pihak bertelagah cuba menjuarai persepsi dan pemikiran rakyat, masih ada juga sebenarnya membuka kebodohan diri sendiri. Haha :)


Ketawa aku apabila YAB Sdr Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mempertahankan corak pentadbirannya yg giat dipersendakan dan dikritik kerana dituduh menindas rakyat. Dengan yakin, beliau melontar cabaran bahawa Kerajaan C.A.T pimpinannya akan membuka lebih banyak ruang kepada kontraktor Melayu untuk menyertai tender secara terbuka. Orang Melayu tidak perlu UMNO utk mendapat peluang tender. Orang Melayu boleh berdikari tanpa UMNO. Wah, bagus betul cabaran, sedikit sebanyak aku setuju bangsaku harus dicabar supaya bangkit dari kepompong menagih bantuan; apatah lagi berharap dari satu pihak-UMNO.

Tetapi dalam kesombongannya menidakkan UMNO; membuat perbandingan bagaimana orang Melayu di zaman kesultanan Melayu Melaka boleh hidup tanpa UMNO adalah satu kenyataan PALING BODOH keluar dr mulut seorang YAB Ketua Menteri. Hahah. Kat mana yang bodoh? Meh sini cheq nak habaq:

1. Di zaman Melayu Melaka mana ada UMNO! UMNO tubuh pun tahun 1946 hasil ledakan semangat nasionalisme ketika itu menentang Malayan Union.

2. Zaman Melayu Melaka mana ada kontraktor/tender! Hahah. Orang Melayu hidup sebagai nelayan ataupun bercucuk tanam.

3. Zaman Melayu Melaka tiada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri. Soal pemberian kerja diputuskan Sultan sebagai ketua negara.

4. Zaman Melayu Melaka, orang Cina dan India hanyalah pedagang/pendatang. Tidak pernah atas isu pemberian kerakyatan kerana jelas Orang Cina dan India bukan rakyat Melaka apatah lagi menjadi pemerintah.

5. Zaman Melayu Melaka mana ada politik, politik Istana adala. Zaman Melayu Melaka tiada dasar pecah perintah yg mengasingkan kaum sehingga wujud parti berdasarkan perkauman.

6. Zaman Melayu Melaka adalah zaman orang Melayu hidup aman tenteram tidak dijajah dan berdaulat, mana nak sama dengan perjuangan UMNO utk mendapat kemerdekaan.

Hakikatnya zaman kesultanan Melayu Melaka  berusia ratusan tahun manakan hendak dibandingkan dengan perjuangan UMNO yang baru menjangkau usia 64 tahun. Jelas ini adalah 'misquote of the new year' dr YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.
YAB Lim, u orang Melaka tetapi tarak study sejarah ka? Bikin malu saje  :P

Sent by mymorky plan

7 January 2010

Siapa kata orang UMNO Tasek Gelugor buta?

Siapa berani kata orang UMNO Tasek Gelugor buta? buta mata?! buta perut atau buta hati? Hari ini (6 Januari 2010) tiada siapa perlu berkata-kata kerana sememangnya bukti terpampang di depan mata. Klik sini dan sini

Tidak perlu kita membicarakan soal perkara Mahkamah takut-takut dituduh subjudis atau menghina Mahkamah. Hakikatnya laporan berkisar kahwin cerai selalunya adalah sebab kehadiran orang ketiga (dalam kes ini 10!) Manakan tidak hancur hati seorang isteri bila menyedari suaminya bermain kayu tiga. Tapi itulah 'manis' bermadu, si isteri jadi dungu, si suami mesti pandai temberang dan menipu. sigh.

Cukup sedih penyakit sosial bangsa Melayu tatkala kita menuju dekad baru. Tapi yang lebih menyedihkan apabila watak-watak sebegini di angkat dan di tatang sebagai pemimpin untuk memimpin akar umbi. Siapa yang patut dipersalahkan? Sang Datuk yang kepingin pangkat dan kemasyhuran atau perwakilan yang taksub mengejar kekayaan? (rasuah politik).

Hari ini bukan sahaja wibawa Datuk dipertikai di hadapan Mahkamah malah yang lebih menyedihkan setiap pekung perwakilan UMNO tahun 2008 yang telah menyalahgunakan 'kuasa' yang di amanahkan kepada mereka oleh ahli ahli cawangan.  Begitu mudah perwakilan mengangkat Datuk sebagai seorang pemimpin mereka hatta kerana mengaut sekelumit keuntungan. Masih jelas lagi di memori, tatkala disebut nama Datuk memenangi kerusi jawatankuasa bahagian dan kerusi G7, namanya disorak gembira oleh para penyokong dan perwakilan yang sudah mendapat habuan. Inilah yang terus menjadi tradisi UMNO di Bahagian, sebut saja nama berpangkat 'Datuk", perwatakan menarik, bermulut manis, senang menghulur habuan maka terus popular dan menarik perhatian perwakilan. Tidak siapa pula yang mengkaji siapa gerangannya, mana asalnya, apa pekerjaannya dan paling penting mampukah dia memikul tanggungjawab perjuangan bangsa?

Sayang, perwakilan UMNO Bahagian waktu itu ibarat tiada satu jauhari yang mengenal manikamnya.

Hari ini sebenarnya mereka mereka ini yang telah memilih orang seperti Datuk memimpin bahagian patut berasa lebih malu dan bersalah bukan hanya pada diri sendiri malah pada seluruh anak bangsa yang meletakkan tanggungjawab memilih pemimpin di bahu  mereka. Kenanglah kesilapan ini buat pengajaran di masa hadapan

"Sesungguhnya Allah kalau Dia nak bagi pembalasan, Dia bayar cash!! tak perlu tunggu hari pengadilan."

5 June 2009

Fighting corruption with bribery (in the name of reward?)

The Penang government had made another step ahead of the other state government counterpart by introducing a reward scheme called 'i'. In summary, this integrity scheme is offered to all Penang state government civil servants who came forward and reveal any wrongdoings and graft within government departments in its bid to achieve zero corruption. The rest of the story is on star online.

Voila! This is a very interesting offer altogether. In fact, RM10,000 can do wonders at this current state of time. Even though the amount is not as much as United States USD 25 million reward for Saddam Hussein capture (which is nobody got it) but the modus operandi for seeking information is more rather the same. I wonder how close this Penang government with the people at the helm of US govt back then?!


What is rather amusing is how Y.B. Mahfuz Omar ( Pas VP candidates) was backing Sdr Lim Guan Eng on this effort. He reitirated how the scheme could save millions of government money and the need to implement the scheme in a wider scenario to fight corruptions Bravado Y.B. !

I always thought we should have a clear conscience in this matter. How would the MACC react on this? Shouldn't this be a method and approach of MACC all these while to fight corruption, should they? Are we now trying to say "We need to reward people for all the good works". Should we draw a line between great values of honesty, sincerity and sacrifice with gratitute, namesake and self proclaimed, shouldn't us?

I wonder what Y.B. Mahfuz would response if the scheme was first introduced by UMNO-led government. I am sure it will be 'Inilah kerajaan rasuah terus beri rasuah'! tagline altogether. How one world can be a good spinner for the sake of one self interest.




12 May 2009

The letter that was not delivered - I regret myself for not doing so.


As i were preparing the notes for the upcoming UMNO Youth branch meeting, i came across this letter which i 'supposedly' print for all the other UMNO Youth leaders in Tasek Gelugor. It was a frank letter about what PEMUDA UMNO has become and how we in the cawangan could do to curb the practise of giving money to buy votes into becoming a culture in UMNO. 

I might have overlook it myself for not having this matter being put at the right time/at the right place. Maybe of my ignorant myself (which i feel bad about it). Afterall I felt my concern might only fall into deaf ears. I have a sense that i'd be fighting a losing war instead. Nevertheless, the war is over, now we have new leaders in UMNO Youth to champion the cause. I hope the very best of them.

However, I wish to put my thought here so that later in life i wont be regretful. It might be 'benda remeh yang diperbesarkan' but i believe the grassroots support and approval should always determine who'd be elected up there.

Ruj. Kami          : PPUCPM/PPUBTG/2008 (02)

Tarikh               : 1 Disember 2008

Kepada:

Ketua Pemuda

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor,

U/P: Saudara Hasbul Hazani Bin Daud

Saudara,

MENGANJURKAN DISKUSI PEMILIHAN PEMUDA UMNO PUSAT – SATU LANGKAH MEMERANGI POLITIK WANG

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 2.         Saya mewakili seluruh ajk dan ahli pemuda UMNO cawangan Pokok Machang ingin mengucapkan salam hormat kepada saudara semoga saudara dikurniakan kesihatan dan dilimpahi dengan kesejahteraan dalam melaksanakan tugas-tugas saudara.

3.       Saudara, Persidangan Agung UMNO akan berlangsung pada bulan Mac 2009. Di peringkat akar umbi berpendapat bahawa tempoh 4 bulan dari sekarang merupakan satu tempoh yang amat panjang dalam satu proses pemilihan demokrasi. Ini akan membabitkan satu tempoh berkempen yang amat lama, penglibatan perwakilan dan masa yang banyak yang akhirnya akan merugikan kita dari segi produktiviti dan fokus kepada isu isu semasa yang lebih utama. Dalam ketika UMNO sibuk memberi ruang untuk calon dan perwakilan berjumpa, pihak pembangkang akan menggunakan tempoh waktu ini untuk meraih sokongan dan simpati rakyat yang akhirnya menguntungkan mereka.

4.         Lebih menyedihkan adalah tempoh ini juga akan menggalakkan polemik rasuah politik dikalangan perwakilan dan calon yang ingin meraih undi. Ini merupakan satu situasi yang tidak sihat dan memberi refleksi yang lebih buruk tentang UMNO. Walaupun begitu, kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan Mac 2009 sebagai tarikh persidangan Agung UMNO selaras dengan proses peralihan kuasa dari YAB Dato Seri Abdullah Bin Ahmad kepada YAB Dato Seri Najib Bin Tun Razak.

5.          Saudara, saya berpendapat dalam menangani masalah rasuah politik yang semakin berleluasa, di peringkat akar umbi harus terus memainkan peranan dalam memberi penerangan dan membudayakan Perwakilan Bahagian yang dipilih bahawa pemilihan seseorang perwakilan adalah  mewakili suara akar umbi bukannya mewakili dirinya sendiri. Oleh yang demikian akar umbi mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk terus ‘menyedarkan’ perwakilan yang dipilih bahawa seharusnya suara akar umbi terus  dibawa ke peringkat persidangan UMNO di KL kelak.

6.         Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan supaya setiap Pemuda UMNO Cawangan mengambil inisiatif untuk memanggil kedua-dua orang perwakilan G2 ke satu diskusi di peringkat cawangan masing masing untuk berdiskusi dengan mereka dan memaklumkan kepada mereka hasrat dan calon manakah yang harus diberi undi dalam persidangan agung Pemuda UMNO kelak.

7.         Setidak-tidaknya kita telah memberi tanggungjawab kepada mereka untuk dilaksanakan di peringkat pusat. Harus diingat bahawa 2 orang G2 adalah mewakili suara pemuda di peringkat cawangan dan mereka seharusnya faham dan maklum apakah aspirasi pemuda akar umbi. Secara tidak langsung kita dapat mengubah persepsi tentang perwakilan G2 ke Kuala Lumpur hanya untuk bersukaria dan berseronok padahal keutamaan pemergian mereka ke Kuala Lumpur adalah untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh kita semua di peringkat cawangan. Samada mereka menerima atau tidak pandangan pemuda cawangan , marilah kita berserah kepada Allah s.w.t kerana apa yang utama sebagai pemimpin Pemuda di peringkat cawangan kita telah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Insya Allah.

8. Saya menyeru sekali lagi supaya satu diskusi peringkat cawangan diadakan bersama perwakilan G2 Pemuda dengan persoalan “Sejauh mana perwakilan G2 Pemuda Bahagian Tasek Gelugor bijak memilih?” untuk memberi ruang kepada seluruh ahli pemuda di peringkat cawangan lebih prihatin dan lebih matang dalam berpolitik. Oleh yang demikian, saya bermohon dari pihak saudara sebagai Ketua Pemuda untuk memberi kebenaran bagi seluruh pemuda cawangan di Bahagian Tasek Gelugor ini menjalankan diskusi transformasi UMNO tersebut.

9.         Sekali lagi, pihak kami, pemuda cawangan Pokok Machang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian dan pertimbangan pihak saudara. Atas pertimbangan itu, pihak kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.  

Sekian, Terima Kasih.

Salam penuh taazim,

Abdul Mohsein Bin Mohd Shariff

Ketua Pemuda

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Pokok Machang

s.k.: Seluruh Ketua Pemuda UMNO Cawangan,

        Bahagian Tasek Gelugor

i believe we should 'berani berubah!' otherwise we should 'bersedia direbah!'

29 April 2009

"Pemuda Masuk Kampung", salah gambaran

Ketika melayari beberapa blog kenalan di ruang siber, melayari blog Dr Mahadi J Murat banyak membuka minda saya melalui pandangan-pandangan segar beliau tentang erti perjuangan dalam partai politik.

Walaupun Dr Mahadi J Murat lebih dikenali sebagai penggiat seni namun pandangan ikhlas dan tepat beliau tentang situasi semasa harus dihargai dan dikupas secara objektif mahupun subjektif demi meneruskan kelangsungan perjuangan terutama dalam konteks perjuangan Pemuda UMNO. 

Dengan izin, saya ingin berkongsi pandangan beliau dengan semua pemimpin pergerakan Pemuda tidak kira di peringkat Nasional, Bahagian mahupun Cawangan untuk sama-sama kita ambil iktibar dan merencanakan wacana perjuangan kita yang lebih dekat di hati rakyat. Semoga ulasan ini mampu memberi kita suntikan baru untuk lebih berkerja keras sebagai pejuang bangsa dan tanahair.

kita ikuti ulasan seorang pembikin filem, Dr Mahadi J Murat di sini;



"SEORANG wartawan bertanya pendapat saya mengapa pilihanraya kecil yang diadakan di semenanjung selepas PRU12 parti-parti bukan BN menang. Apa bezanya jentera pilihanraya UMNO / BN dengan pekerja pilihanraya bukan UMNO / BN.

Saya kata, "aku mana tau; kamu patut lebih tahu, kamu "warta"wan". Dia marah saya kerana katanya saya berada pada kedudukan yang lebih bebas yang tidak dipengaruhi oleh dasar, arahan dan niat untuk membela mana-mana parti. "Engkau melihat dengan mata dan hati yang lebih betulFikiran engkau belum rosak lagi" katanya.

Saya menjawab ringkas. UMNO/BN kini tidak lagi menjadi sebahagian dari rakyat. Mereka tidak hidup ditengah-tengah rakyat banyak. Mereka kelihatan seperti 'makhluk asing' yang datang beramai-ramai hanya bila ada pilihanraya, atau hanya apabila ada pembesar. Tentulah payah untuk orang merasa parti itu sebahagian dari mereka, lebih-lebih lagi dengan masing-masing memakai macam-macam title, gelaran dan pangkat yang dibesar-besarkan, yang pada orang awam memang mempesonakan; tetapi semua itu menjadi pembina jarak dan jurang mengakibatkan orang-orang yang datang bermusim itu bukan sebahagian dari "gulungan mereka". Parti bukan UMNO/BN sebaliknya adalah "makhluk tidak asing" kepada orang ramai kerana mereka sentiasa berada bersama mereka di sepanjang tahun. Sebab itu kita lihat orang ramai dengan mudah memberi sumbangan dalam menjayakan "program" mereka, termasuk sumbangan dalam bentuk wang ringgit. 

Dengan kata lain pemimpin UMNO dilihat orang sebagai golongan "bangsawan", kerana imej orang besar, orang berada yang dibawa mereka - (bandingkan dengan Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, misalnya). Lihatlah pemimpin-pemimpin pemuda, wanita, puteri dalam UMNO/BN yang sehingga diperingkat cawangan pun mempunyai gelaran dan penampilan yang hebat, tetapi tidak tepat. Orang bertanya apakah yang telah disumbangkan mereka; sedangkan pemimpin-pemimpin muda bukan UMNO/BN hanyalah orang kebanyakan yang akrab dan dekat dengan masyarakat dan orang ramai.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini sebagai contoh; walaupun ayahanda dan nindanya tokoh hebat, dia adalah anak bangsawan yang dilihat tidak memilikki jiwa raga orang kebanyakan. Hisham semasa tenurenya sebagai ketua pemuda kelihatan dari luar hanya pandai menghunus keris di pentas. Itupun bergetar bila disergah rakan-rakan bukan Melayu dalam BN. Cintanya terhadap bangsa (dan bahasa) tidak sampai, dan program popularnya hanyalah "pemuda masuk kampong"; yang mengesahkan dengan sendirinya ketidakberadaan pemuda dan beliau sendiri di kalangan rakyat.

Masyarakat hari ini telah berubah, sebahagian besarnya memandang orang bergelar dan gulungan bangsawan dengan sinis dan penuh kecurigaan; lebih-lebih lagi kepada orang yang tidak diketahui latarbelakang pemikiran dan jasa mereka kepada negara.

Saya katakan juga kepada kawan wartawan ini, ketua pemuda yang baru Khairi Jamaluddin yang tidak dilantik ke mana-mana jawatan kerajaan dan masih tidak mempunyai gelaran Dato' misalnya, adalah imej yang tepat bagi pemuda UMNO. Saya juga katakan, sebaiknya pemuda UMNO mengikut apa yang dibuat oleh parti-parti bukan UMNO/BN dan bergeraklah sebagai "NGO" di bahagian dan cawangan-cawangan dengan program yang kelihatan bukan politik. Lebih baik lagi kalau program-program berkenaan dijalankan tanpa terlalu jelas sangat bentuk politiknya.

Selagi imej (termasuk logo / lambang / cogankata ) UMNO/BN di kehadapankan dengan berlebihan, selagi itulah sukar bagi UMNO/BN untuk masuk ke dalam lingkungan yang bukan dari kalangan ahli mereka; sedangkan golongan inilah sasaran utama mereka. Golongan inilah yang dikategorikan sebagai golongan rakyat yang akan menentukan penerimaan terhadap UMNO / BN pada PRU 13 nanti.

Fikirkanlah bagaimana Satu Malaysia dapat menyumbang kepada objektif ini untuk menentukan ia tidak menjadi sebaliknya"

1 April 2009

Pak Lah is leaving for good

It 's confirm!
Paklah will retire from his premiership post coming Friday. 
If everything goes as plan, he will pass the baton to DS Najib who will be our 6th premier.

I am not laughing nor crying. It is destined.. Paklah will have to step down, and he should!
considering what happened last GE, as the general in command, he should take responsible and exit in a gentleman manner, instead he needed some one like ts muhyiddin to push him out.

I dont pity him. As much as he did it to the other before him... he deserved his judgement.
after all, you already made a hefty fortune even at the very last day on your seat.
That is our Mr Clean 5th PM, Datuk Seri Abdullah or should i address him in advance, Tun Lah!


28 March 2009

Persoalan terbuka untuk Sdr Ketua Pemuda UMNO

Salam Sdr Khairy,

Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah diatas pemilihan saudara oleh 'perwakilan G2' sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan bertugaslah! dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab kerana jawatan saudara datang dengan tugas yang berat dan penuh keinsafan dalam menambat semula hati majoriti rakyat Malaysia terutama anak-anak muda Melayu dan bukanlah satu jawatan untuk dicuba-cuba dan tidak dipandang serius hanya apabila sudah menang barulah mahu merangka perancangan. Tugas pertama yang bakal membebani saudara adalah menghadapi PRK di 2 bukit dan 1 batang; maka gempurlah ketiga-tiga kawasan ini dan berusahalah untuk menawan semula agar moral Pemuda UMNO akan kembali tinggi dan prestasi buruk 2 PRK yang lepas tidak berulang lagi.

Namun sebelum sempat saudara memacu sayap Pemuda UMNO ke medan pertarungan suka bagi saya untuk melontarkan beberapa persoalan yang pada hemat saya perlu ada jawapan dan hujah bernas untuk kami rakan pemuda UMNO kampungan boleh menerima keputusan yang dibuat hari Rabu sudah dengan hati yang lebih terbuka. Persoalan yang ingin saya kemukakan adalah seperti berikut;

1. Saya begitu hairan bagaimana Saudara begitu pasti dan yakin saudara tidak bersalah dalam kes lembaga displin padahal sudah jatuh hukuman bersalah ke atas saudara cuma dilepaskan dengan amaran. Sebagai seorang pemimpin yang kredibilitinya dicurigai adakah tidak menjadi satu risiko bagi saudara untuk terus bertanding dan memberi bebanan yang cukup hebat buat parti UMNO memberikan penerangan terhadap persepsi ini apabila saudara terpilih?! Nyata mimpi tersebut menjadi kenyataan apabila saudara benar2 terpilih dan sekarang pihak pembangkang boleh bertepuk tangan kerana mereka mempunyai senjata yang paling enteng iaitu kredibiliti saudara yang 'rasuah politik' tetapi diterima perwakilan G2 dek kedangkalan mereka membuat percaturan atau adakah perwakilan ini kemaruk habuan?

2. Tidakkah demografi calon-calon yang bertanding harus menjadi satu persoalan bagi perwakilan yang memilih sehinggakan terpilihnya 4 orang exco dari satu bahagian yang baru dan agak kecil iaitu PUTRAJAYA. Hebat benar orang Putrajaya waima 4 pemimpin mudanya terpilih untuk sama-sama menganggotai barisan saf saudara?

3.  Perlukah seseorang setiausaha bahagian diberi lebih tekanan dan bebanan sebagai seorang exco Pemuda tatkala keperluan pimpinan bahagian amat memerlukan seorang setiausaha bahagian untuk menguruskan perjalanan bahagian UMNO tersebut atau Setiausaha Bahagian UMNO Kepala Batas itu memang benar2 seorang yang 'multi tasking' dalam menjalankan tugas beliau?

4. Adakah kita sebagai pemuda UMNO yang setia tidak risau tatkala pemilihan exco berpihak kepada seorang bekas pimpinan PKR yang kini menjawat jawatan dalam UMNO Shah Alam. Sebagaimana kita tidak membenarkan saudara Ezam bertanding atas sebab musabab tertentu, bagaimana pula kita mengenalpasti calon atau sekarang ini terpilih sebagai exco tidak lebih merupakan kuda trojan bagi pihak lawan?

Saya merasakan persoalan ini harus dijawab oleh Saudara sendiri dan bagaimana saudara harus mengubah persepsi masyarakat tentang keupayaan saudara dan barisan kepimpinan Pemuda UMNO  dalam bergerak dan berdamping dengan anak-anak muda.  Kerana kita sememangnya tidak cukup masa dalam menghadapi PRU akan datang dimana lebih 9 juta pengundi baru akan berdaftar. Manfaat kan lah masa ini mendekati dan mendampingi mereka dan jangan sekali2 berpatah arang dan menidakkan peranan dan buah fikiran anak muda yang bakal menjadi penentu hala tuju pemerintahan negara.

Harap penjelasan saudara dalam soal ini.

Ikhlas,
Mohsein Shariff
KP UMNO cawangan Pokok Machang

26 March 2009

UMNO Youth got a new leader in the name of Khairy Jamaludin

KJ won big! 304 votes against 254 for KT and 232 for MM. Ironically during nomination it was the other way around when MM led handsomely along the way till this last ditch today. Very unfortunate him but this is UMNO politics.. in particular this is UMNO youth politics. Whoever have money leads.. you could never take away from it. 

And as we (read: delegates) have chosen a proven guilty candidate who was given green light to contest only by stern warning as our leader, we are sending bad signal to the public. Yes, we will know in 2 weeks time within the tri-by election.. by far how we will be faired amongst the real 'raja' - the rakyat. We'll see then.. 'nanti jangan pulak ingat kita tak pernah kata.. i told you so..'


p/s: apologies, i just cant stop writing about politics. It's in  the blood.

13 February 2009

Paranoia

Kemelut yang melanda negara waktu ini sangat mengusarkan. Jelas kelihatan dua axis politikus perdana (BN dan PR) mengembleng seluruh kudrat, tenaga dan bijaksana untuk menarik persepsi rakyat terhadap setiap percaturan politik mereka. Rakyat disogok dengan pelbagai tohmahan, pertuduhan dan ancaman yang diselang seli dengan fakta-fakta benar demi sensasi potret politik tanahair. Nah, akhirnya rakyat terus terjerumus dan keliru pada lingkungan waktu hanya kerana ingin memuaskan hati para politikus-politikus yang ingin terus berkuasa!

Padahal yang paling utama saat ini, sejauh mana persediaan negara kita dalam menempuhi situasi ekonomi yang semakin merundum tatkala kejatuhan sistem pasaran bebas dunia. Sekadar kita terus 'menderhaka' atau terus gembira bijak 'merampas kuasa' tidak akan sepenuhnya membantu desakan untuk kita bersedia mengharungi satu lagi episod kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka akan lebih buruk dari situasi tahun 97. 

Penulis terpanggil untuk membicarakan tentang paranoia yang melanda kedua2 axis ini dalam menentukan kelangsungan masing- masing. Habis seluruh rakyat disuruh bersimpati dengan situasi padahal yang menjadi 'dalang' adalah pimpinan masing2. Sangat jelik dan memualkan apabila simpati rakyat ditagih dan dikerah hanya kerana untuk memastikan agenda politik berterusan dan apabila situasi semakin goyah, Polis dipaksa/terpaksa berhempas pulas memastikan keamanan atas dasar menegakkan undang-undang. Yang rugi dan terus rugi tetap rakyat yang keliru dan terpedaya menjadi barisan hadapan berdepan dengan pasukan polis yang sentiasa bersiap siaga. Menyedihkan, institusi raja sama tersabit manakala Melayu UMNO dan Melayu PAS  bertembung di medan perhitungan untuk tentukan siapa sebenarnya hero bangsa?!

Melayu akan terus melayu, 
hatta rakan sebangsa sudah tidak pandai menilai antara kaca dan permata.

Paranoia as it happens

12 February 2009

Lapor sana lapor sini, Lapor saja...

As Dr Novandri put on his weblog that another police report has been lodged in Bukit Gelugor against Karpal Singh, i came to wonder when these police reports would stop, sheesh!!

Come on la UMNO bros.. how many reports you want to lodge against Karpal Singh, 100? 1000?! Are we going to have another Malaysia Book Of Records of Police Reports? Doesnt ONE police report enough for PDRM to open an investigation case against him, does it? Dont get too emotional on this and i think we can always express our 'Malaysia Boleh' spirit in another way such i thought it should be (in this case) :

Salam Dr Novandri,

Saya kurang bersetuju dengan 'approach' untuk terus membuat laporan polis kepada YB Karpal seperti menunjukkan 44 laporan polis sebelum ini (setakat yang saya ketahui ) terhadap beliau tidak diambil peduli oleh PDRM.

Pada pendapat saya, dari kita beriya2 membuat laporan (yang saya pasti kandungan dan hasrat laporan didalamnya adalah sama) dan cuba mengambil political mileage dalam suasana yang agak tegang ketika ini, adalah lebih bijaksana kalau kita dapat tampilkan peguam - peguam muda Melayu yang berani tampil kehadapan dan dapat membicarakan tindakan Karpal itu dalam konteks perundangan dan perlembagaan. Kita harus berani membicarakan bagaimana 'soal moral dan hak sebagai rakyat' harus tidak lebih tinggi dipertahankan apabila sesuatu isu itu melibatkan institusi kesultanan Melayu.

Dengan cara ini saya percaya, rakyat akan lebih jelas dan terbuka minda akan implikasi dan tindakan Peguam berpengalaman seperti Karpal Singh yang bersungguh menyaman Sultan Perak. Soal siapa yang betul, siapa yang salah bukan kita yang menentukan tetapi kebijaksanaan kita dalam menangani sesuatu isu dalam jangka waktu kini akan menentukan kelangsungan perjuangan orang Melayu di masa hadapan.

terima kasih

morkymoqq
KP CawanganPokok Machang
UMNO Tasek Gelugoq

9 February 2009

Interesting weeks ahead.

The catastrophe in Perak State has yet to put a closure and now both BN and PR will be getting another face to face fight to prove who'd become champion in this political disaster and come out  clean.  A by election would be called by the EC within 60 days due to the demise of the late PAS MP of Bukit Gantang. Al Fatihah

Now, the wish of PR to have a fresh election and let the rakyat decide has been granted. Let the cannon loose, after alll
Interestingly, one of the state seat in Bukit Gantang is Changkat Jering which has turned into an indenpendent constituent. Let us see how much the rakyat prove/dissaprove by such despicable act that has topple down a legal govt.

It will be another challenge to Najib Tun Razak as  UMNO president-elect to prove he is a talismatic leader and by serving himself as the chairman of Perak BN, it would be a contest not to lose. 

Good luck and have a good fight.
Orang peghok selamat memancing ikan patin gulai tempoyak.

28 January 2009

Lompat Melompat Parti - 1 komentar peribadi

It came as a Chinese New Year suprise when ADUN Bota (used to be a BN man, former Parit MP and Felcra Chairman) drop a bombshell that he is jumping ship to PKR. Rumours was spread earlier about his abortment and a position in the current  PERAK state government was at stake as a bait for his defection. Nobody knows better than the YB himself why he decided to jump ship. But what for sure was the potrayal of Perak UMNO leadership in dealing with the whole 'fiasco'  which can be seen as an act of desperation to gain on an already losing ground.

In my humble opinion, Perak UMNO Men don't have to fool around with word to persuade the culprit indeed they should simply say it loud, "frankly my dear, i dont give a damn!".
why?! I had to opine because I thought a different perspective was in orde which I stated in minda intelek melayu;

"Salam dr,

Memang lompatan YB Adun Bota adalah satu 'kejutan' yang sukar diterima oleh UMNO pada ketika ini tatkala kapal itu sendiri (UMNO) digelumang oleh ombak dan badai. Seharusnya ianya menjadi iktibar kepada semua terutama pimpinan UMNO di negeri Perak, ke mana arah tuju yang hendak dibawa mereka selepas ini? 

Saya kagum dengan kenyataan YB Datuk Tajul Rosli apabila sanggup bertanggungjawab di atas tindakan ADUN Bota tersebut tetapi reaksi beliau untuk ADUN Bota tersebut menilai semula tindakan itu dan berbincang dengan UMNO adalah satu reaksi 'desperate' yang menunjukkan 'a weaken state leadership'. Untuk apa kita hendak berunding dgn pemimpin yang bukan lagi mempunyai hati atas perjuangan kita? Lebih teruk apabila reaksi sama disahut oleh pelbagai ADUN BN lain di negeri Perak yang sama-sama mahukan YB Bota berpatah balik dan menimbang kembali keputusan beliau. Adakah ini menunjukkan ada lagi 'habuan atau tawaran' yang lebih besar 'on the table' dari pihak UMNO Perak untuk beliau? Sampai begitu hebat YB Bota  ini sehinggakan tindakan lompat parti ini harus dinilai semula?! 

Seharusnya tindakan lompat parti ini wajib dilihat sebagai 'act of despicable' oleh mana-mana jua parti politik namun atas rasional senario poilitik semasa, pemimpin politik memerlukan platform dan vehicle untuk menyuarakan pemikiran dan halatuju mereka, jadi selagi mana beliau terus berkhidmat untuk rakyat, statement yang paling sesuai adalah "Selamat berkhidmat dalam suasana baru! YB.. Jangan hampakan rakyat yang mengundi YB sebagai calon BN!" 

Sayangnya, itu tidak berlaku tetapi statement-statement yang keluar dari mulut pimpinan UMNO Perak nampak sangat lemah dan layu dan di canang pula melalui media massa. Kesannya, tentu sekali menunjukkan UMNO Perak pada tahap yang lemah dan sangat desperado. Adakah jentera BN di Perak memerlukan sangat kekuatan YB Bota dalam mengharungi agenda politik tempatan untuk menawan kembali Perak? Kelemahan dan kekalutan Kerajaan Negeri Perak tidak cukup untuk ditumbangkan setelah seorang ADUN BN hilang? Semua jelas bahawa ADUN Bota itu bukanlah ajk bahagian UMNO Parit, jadi apa yg hendak dirisaukan SEKIRANYA pimpinan UMNO Perak sedar bahawa bantuan dan pendekatan baru BN boleh disalurkan melalui ketua Bahagian Parit sendiri, lainlah kalau Ketua Bahagian yang terpilih tidak benar-benar layak dan ini akan menjadi satu cabaran bagi Ketua Bahagian terbabit merencana kelangsungan BN di kawasan Bota.

Saya merasa hairan, ketakutan apa yang sangat dirisaukan oleh ahli-ahli UMNO apabila ada wakil rakyat BN di Perak meninggalkan parti kerana pada satu ketika dahulu apabila Parti PPP mengugut untuk keluar BN ketika menjadi 'champion' beberapa isu seperti ISA diminta dikaji semula dan isu perlembagaan, YAB PM dengan bersahaja boleh berkata 'you are free to go' tetapi kenapa kali ini kita tidak 'berani' berkata yang sedemikian? Jujur saya katakan dari persepsi rakyat cara pimpinan nasional dan negeri BN menangani isu ini, tiada langsung 'political gains' dan damage control malah apabila Dato Seri Najib menyatakan  bahawa tiada lagi wakil rakyat BN akan keluar parti adalah merupakan satu 'understatementyang mungkin akan 'backfire' sekiranya ada lagi pimpinan BN yang berani keluar parti. Nah, kesannya akan lebih teruk apabila rakyat akan terus tidak yakin dengan BN malah mentertawakan kelayuan kepimpinan kita.

Saya berpendapat dalam soal ini kita kena berani menyatakan bahawa, ya! lompatan ADUN Bota merupakan satu kehilangan dalam parti tetapi dalam masa yang sama, perjuangan UMNO bukan untuk individu, bukan milik peribadi. Perjuangan UMNO tidak akan selesai dan tak akan tergugat kerana yang paling utama adalah agenda pembaharuan untuk rakyat. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi perjuangan untuk rakyat tetap di sanubari!"

enuff said.

morkymoqq
KP cawangan Pokok Machang
T Gelugor