It came as a Chinese New Year suprise when ADUN Bota (used to be a BN man, former Parit MP and Felcra Chairman) drop a bombshell that he is jumping ship to PKR. Rumours was spread earlier about his abortment and a position in the current PERAK state government was at stake as a bait for his defection. Nobody knows better than the YB himself why he decided to jump ship. But what for sure was the potrayal of Perak UMNO leadership in dealing with the whole 'fiasco' which can be seen as an act of desperation to gain on an already losing ground.
In my humble opinion, Perak UMNO Men don't have to fool around with word to persuade the culprit indeed they should simply say it loud, "frankly my dear, i dont give a damn!".
why?! I had to opine because I thought a different perspective was in orde which I stated in minda intelek melayu;
"Salam dr,
Memang lompatan YB Adun Bota adalah satu 'kejutan' yang sukar diterima oleh UMNO pada ketika ini tatkala kapal itu sendiri (UMNO) digelumang oleh ombak dan badai. Seharusnya ianya menjadi iktibar kepada semua terutama pimpinan UMNO di negeri Perak, ke mana arah tuju yang hendak dibawa mereka selepas ini?
Saya kagum dengan kenyataan YB Datuk Tajul Rosli apabila sanggup bertanggungjawab di atas tindakan ADUN Bota tersebut tetapi reaksi beliau untuk ADUN Bota tersebut menilai semula tindakan itu dan berbincang dengan UMNO adalah satu reaksi 'desperate' yang menunjukkan 'a weaken state leadership'. Untuk apa kita hendak berunding dgn pemimpin yang bukan lagi mempunyai hati atas perjuangan kita? Lebih teruk apabila reaksi sama disahut oleh pelbagai ADUN BN lain di negeri Perak yang sama-sama mahukan YB Bota berpatah balik dan menimbang kembali keputusan beliau. Adakah ini menunjukkan ada lagi 'habuan atau tawaran' yang lebih besar 'on the table' dari pihak UMNO Perak untuk beliau? Sampai begitu hebat YB Bota ini sehinggakan tindakan lompat parti ini harus dinilai semula?!
Seharusnya tindakan lompat parti ini wajib dilihat sebagai 'act of despicable' oleh mana-mana jua parti politik namun atas rasional senario poilitik semasa, pemimpin politik memerlukan platform dan vehicle untuk menyuarakan pemikiran dan halatuju mereka, jadi selagi mana beliau terus berkhidmat untuk rakyat, statement yang paling sesuai adalah "Selamat berkhidmat dalam suasana baru! YB.. Jangan hampakan rakyat yang mengundi YB sebagai calon BN!"
Sayangnya, itu tidak berlaku tetapi statement-statement yang keluar dari mulut pimpinan UMNO Perak nampak sangat lemah dan layu dan di canang pula melalui media massa. Kesannya, tentu sekali menunjukkan UMNO Perak pada tahap yang lemah dan sangat desperado. Adakah jentera BN di Perak memerlukan sangat kekuatan YB Bota dalam mengharungi agenda politik tempatan untuk menawan kembali Perak? Kelemahan dan kekalutan Kerajaan Negeri Perak tidak cukup untuk ditumbangkan setelah seorang ADUN BN hilang? Semua jelas bahawa ADUN Bota itu bukanlah ajk bahagian UMNO Parit, jadi apa yg hendak dirisaukan SEKIRANYA pimpinan UMNO Perak sedar bahawa bantuan dan pendekatan baru BN boleh disalurkan melalui ketua Bahagian Parit sendiri, lainlah kalau Ketua Bahagian yang terpilih tidak benar-benar layak dan ini akan menjadi satu cabaran bagi Ketua Bahagian terbabit merencana kelangsungan BN di kawasan Bota.
Saya merasa hairan, ketakutan apa yang sangat dirisaukan oleh ahli-ahli UMNO apabila ada wakil rakyat BN di Perak meninggalkan parti kerana pada satu ketika dahulu apabila Parti PPP mengugut untuk keluar BN ketika menjadi 'champion' beberapa isu seperti ISA diminta dikaji semula dan isu perlembagaan, YAB PM dengan bersahaja boleh berkata 'you are free to go' tetapi kenapa kali ini kita tidak 'berani' berkata yang sedemikian? Jujur saya katakan dari persepsi rakyat cara pimpinan nasional dan negeri BN menangani isu ini, tiada langsung 'political gains' dan damage control malah apabila Dato Seri Najib menyatakan bahawa tiada lagi wakil rakyat BN akan keluar parti adalah merupakan satu 'understatement' yang mungkin akan 'backfire' sekiranya ada lagi pimpinan BN yang berani keluar parti. Nah, kesannya akan lebih teruk apabila rakyat akan terus tidak yakin dengan BN malah mentertawakan kelayuan kepimpinan kita.
Saya berpendapat dalam soal ini kita kena berani menyatakan bahawa, ya! lompatan ADUN Bota merupakan satu kehilangan dalam parti tetapi dalam masa yang sama, perjuangan UMNO bukan untuk individu, bukan milik peribadi. Perjuangan UMNO tidak akan selesai dan tak akan tergugat kerana yang paling utama adalah agenda pembaharuan untuk rakyat. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi perjuangan untuk rakyat tetap di sanubari!"
enuff said.
morkymoqq
KP cawangan Pokok Machang
T Gelugor
No comments:
Post a Comment