15 January 2009

Konflik di GAZA seperti tiada kesudahan

Israel telah melakukan genjatan senjata bersyarat - mungkin ada muslihat kerana menghormati perisytiharan presiden Amerika yang baru?
Hamas memberi masa 1 minggu kepada askar rejim penceroboh untuk meninggalkan GAZA dan memohon kedua dua pintu sempadan dibuka bagi bantuan kemanusiaan dibawa masuk.
Fatah terus mengadu domba cuba menjadi agen perdamaian dengan Israel tatkala GAZA terus hebat dibedil
AS masih tidak mahu bersuara apakah dasar luar mereka terhadap konflik baru di Asia Barat
UN tiada langsung taring dalam konflik kejam ini walaupun pelbagai resolusi telah dibawa, samada dikuasa veto oleh sekutu Israel, Amerika ataupun resolusi itu dipandang enteng oleh Israel.
Masyarakat Dunia hanya mampu melihat, memboikot, berdemo dan bersedih apabila tiada langsung nilai ketamadunan dan peradapan yang terkesan dari peperangan ini.

Sesungguhnya manusia masih lagi mempunyai sifat kebinatangan apabila kuasa, harta dan takhta menjadi taruhan.



Dimanakah kesudahannya? 

31 Januari 2009
Perhimpunan Aman memboikot barangan US terpilih dan Mengutuk Kekejaman Israel akan berterusan.
Masjid Jamek Pokok Machang

No comments: