khusyuk aku menonton berita Awani jam 12 tengah malam tadi melihat kebobrokan isu dan ragam rakyat Malaysia hari ini. Dari kes profil tinggi di mahkamah sehinggalah demonstrasi jalanan di Pulau Pinang, tidak habis-habis sentimen politik, retorik perkauman dimainkan. Yang hebat; dalam setiap pihak bertelagah cuba menjuarai persepsi dan pemikiran rakyat, masih ada juga sebenarnya membuka kebodohan diri sendiri. Haha :)
Ketawa aku apabila YAB Sdr Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mempertahankan corak pentadbirannya yg giat dipersendakan dan dikritik kerana dituduh menindas rakyat. Dengan yakin, beliau melontar cabaran bahawa Kerajaan C.A.T pimpinannya akan membuka lebih banyak ruang kepada kontraktor Melayu untuk menyertai tender secara terbuka. Orang Melayu tidak perlu UMNO utk mendapat peluang tender. Orang Melayu boleh berdikari tanpa UMNO. Wah, bagus betul cabaran, sedikit sebanyak aku setuju bangsaku harus dicabar supaya bangkit dari kepompong menagih bantuan; apatah lagi berharap dari satu pihak-UMNO.
Tetapi dalam kesombongannya menidakkan UMNO; membuat perbandingan bagaimana orang Melayu di zaman kesultanan Melayu Melaka boleh hidup tanpa UMNO adalah satu kenyataan PALING BODOH keluar dr mulut seorang YAB Ketua Menteri. Hahah. Kat mana yang bodoh? Meh sini cheq nak habaq:
1. Di zaman Melayu Melaka mana ada UMNO! UMNO tubuh pun tahun 1946 hasil ledakan semangat nasionalisme ketika itu menentang Malayan Union.
2. Zaman Melayu Melaka mana ada kontraktor/tender! Hahah. Orang Melayu hidup sebagai nelayan ataupun bercucuk tanam.
3. Zaman Melayu Melaka tiada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri. Soal pemberian kerja diputuskan Sultan sebagai ketua negara.
4. Zaman Melayu Melaka, orang Cina dan India hanyalah pedagang/pendatang. Tidak pernah atas isu pemberian kerakyatan kerana jelas Orang Cina dan India bukan rakyat Melaka apatah lagi menjadi pemerintah.
5. Zaman Melayu Melaka mana ada politik, politik Istana adala. Zaman Melayu Melaka tiada dasar pecah perintah yg mengasingkan kaum sehingga wujud parti berdasarkan perkauman.
6. Zaman Melayu Melaka adalah zaman orang Melayu hidup aman tenteram tidak dijajah dan berdaulat, mana nak sama dengan perjuangan UMNO utk mendapat kemerdekaan.
YAB Lim, u orang Melaka tetapi tarak study sejarah ka? Bikin malu saje :P
Sent by mymorky plan
No comments:
Post a Comment