16 February 2010

Xing Nian Kuei Le, Gong Xi Fa Chai.

Dalam meniti hari perayaan kepelbagaian kaum di Malaysia yang begitu harmonis. Dikuatkan lagi dengan penjelmaaan perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia. Elok juga sedikit peringatan dilemparkan sebagai panduan. Tertarik dengan pandangan dan coretan terbaru che det dalam blognya di bawah tajuk Malaysiakini maka saya kongsi para 4 dan 5 tulisan Tun Dr Mahathir disini sebagai tauladan buat seluruh rakyat Malaysia;

4.  I would like to point out that in the past when Europeans confined (the Jews) to ghettos, and periodically massacred (them), they used to seek refuge in Muslim countries (of North Africa and the Ottoman empire). They couldn't have gone there if Muslim countries were less hospitable than the Europeans. Even today Jews live in Muslim countries including in Iran. It was only after the United States welcome the Jews that they ceased to migrate to Muslim countries.
(Saya ingin menegaskan bahawa pada zaman dahulu, ketika negara Eropah mengurung bangsa Yahudi di ghettos dan dari masa ke semasa membunuh mereka, Bangsa Yahudi keluar dan mencari perlindungan di negara-negara Islam (di utara Africa dan di bawah Empayar Otthmaniah). Mereka tidak mungkin sampai ke situ sekiranya Negara negara Islam ini tidak menerima dan memberi layanan kurang dari Negara Eropah. Sehingga sekarang masih terdapat Yahudi yang tinggal di Negara Islam termasuk Iran. Hanya setelah Amerika Syarikat menerima Yahudi, barulah mereka tidak lagi berpindah ke negara Islam).

5.  For the hospitality of the Muslim countries they were repaid by the Zionist by seizing Palestine to create the State of Israel. Not content with seizing Arab land they went on to expel the largely Muslim Palestinian.
(Untuk layanan baik sedemikian rupa oleh Negara Islam, mereka terpaksa membayar harga yang tinggi bila Zionis menakluk Palestin dan mengisytiharkan Negara Israel. Bukan sekadar menakluk tanah arab malah lebih daripada itu mereka juga menghalau kebanyakan Orang Islam Palestin keluar dari tanah tumpah darah mereka.)

Ironiknya, Masyarakat Melayu yang majoriti Islam di bumi Malaysia juga membuka pintu tanah mereka seluas-luasnya untuk rakan-rakan pendatang dari China dan India dan kini mereka juga telah diterima sebagai warganegara. Maka apabila pintu rumah yang telah dibuka dengan tangan dan hati terbuka makanya wajib bagi tetamu menghormati dan lebih lebih lagi menjaga sensitiviti hati dan perasaan tuan rumah yang memberi layanan istimewa. Tidakkah begitu? 

Selamat Tahun Baru Cina (Tahun Harimau) buat rakan-rakan Kaum Tionghua di Malaysia, semoga terus menjadi tetamu dan warganegara yang yang mengerti tatasusila berjiran tetangga. :)

Gong Xi Fa Chai.

No comments: