12 May 2009

The letter that was not delivered - I regret myself for not doing so.


As i were preparing the notes for the upcoming UMNO Youth branch meeting, i came across this letter which i 'supposedly' print for all the other UMNO Youth leaders in Tasek Gelugor. It was a frank letter about what PEMUDA UMNO has become and how we in the cawangan could do to curb the practise of giving money to buy votes into becoming a culture in UMNO. 

I might have overlook it myself for not having this matter being put at the right time/at the right place. Maybe of my ignorant myself (which i feel bad about it). Afterall I felt my concern might only fall into deaf ears. I have a sense that i'd be fighting a losing war instead. Nevertheless, the war is over, now we have new leaders in UMNO Youth to champion the cause. I hope the very best of them.

However, I wish to put my thought here so that later in life i wont be regretful. It might be 'benda remeh yang diperbesarkan' but i believe the grassroots support and approval should always determine who'd be elected up there.

Ruj. Kami          : PPUCPM/PPUBTG/2008 (02)

Tarikh               : 1 Disember 2008

Kepada:

Ketua Pemuda

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor,

U/P: Saudara Hasbul Hazani Bin Daud

Saudara,

MENGANJURKAN DISKUSI PEMILIHAN PEMUDA UMNO PUSAT – SATU LANGKAH MEMERANGI POLITIK WANG

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 2.         Saya mewakili seluruh ajk dan ahli pemuda UMNO cawangan Pokok Machang ingin mengucapkan salam hormat kepada saudara semoga saudara dikurniakan kesihatan dan dilimpahi dengan kesejahteraan dalam melaksanakan tugas-tugas saudara.

3.       Saudara, Persidangan Agung UMNO akan berlangsung pada bulan Mac 2009. Di peringkat akar umbi berpendapat bahawa tempoh 4 bulan dari sekarang merupakan satu tempoh yang amat panjang dalam satu proses pemilihan demokrasi. Ini akan membabitkan satu tempoh berkempen yang amat lama, penglibatan perwakilan dan masa yang banyak yang akhirnya akan merugikan kita dari segi produktiviti dan fokus kepada isu isu semasa yang lebih utama. Dalam ketika UMNO sibuk memberi ruang untuk calon dan perwakilan berjumpa, pihak pembangkang akan menggunakan tempoh waktu ini untuk meraih sokongan dan simpati rakyat yang akhirnya menguntungkan mereka.

4.         Lebih menyedihkan adalah tempoh ini juga akan menggalakkan polemik rasuah politik dikalangan perwakilan dan calon yang ingin meraih undi. Ini merupakan satu situasi yang tidak sihat dan memberi refleksi yang lebih buruk tentang UMNO. Walaupun begitu, kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan Mac 2009 sebagai tarikh persidangan Agung UMNO selaras dengan proses peralihan kuasa dari YAB Dato Seri Abdullah Bin Ahmad kepada YAB Dato Seri Najib Bin Tun Razak.

5.          Saudara, saya berpendapat dalam menangani masalah rasuah politik yang semakin berleluasa, di peringkat akar umbi harus terus memainkan peranan dalam memberi penerangan dan membudayakan Perwakilan Bahagian yang dipilih bahawa pemilihan seseorang perwakilan adalah  mewakili suara akar umbi bukannya mewakili dirinya sendiri. Oleh yang demikian akar umbi mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk terus ‘menyedarkan’ perwakilan yang dipilih bahawa seharusnya suara akar umbi terus  dibawa ke peringkat persidangan UMNO di KL kelak.

6.         Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan supaya setiap Pemuda UMNO Cawangan mengambil inisiatif untuk memanggil kedua-dua orang perwakilan G2 ke satu diskusi di peringkat cawangan masing masing untuk berdiskusi dengan mereka dan memaklumkan kepada mereka hasrat dan calon manakah yang harus diberi undi dalam persidangan agung Pemuda UMNO kelak.

7.         Setidak-tidaknya kita telah memberi tanggungjawab kepada mereka untuk dilaksanakan di peringkat pusat. Harus diingat bahawa 2 orang G2 adalah mewakili suara pemuda di peringkat cawangan dan mereka seharusnya faham dan maklum apakah aspirasi pemuda akar umbi. Secara tidak langsung kita dapat mengubah persepsi tentang perwakilan G2 ke Kuala Lumpur hanya untuk bersukaria dan berseronok padahal keutamaan pemergian mereka ke Kuala Lumpur adalah untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh kita semua di peringkat cawangan. Samada mereka menerima atau tidak pandangan pemuda cawangan , marilah kita berserah kepada Allah s.w.t kerana apa yang utama sebagai pemimpin Pemuda di peringkat cawangan kita telah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Insya Allah.

8. Saya menyeru sekali lagi supaya satu diskusi peringkat cawangan diadakan bersama perwakilan G2 Pemuda dengan persoalan “Sejauh mana perwakilan G2 Pemuda Bahagian Tasek Gelugor bijak memilih?” untuk memberi ruang kepada seluruh ahli pemuda di peringkat cawangan lebih prihatin dan lebih matang dalam berpolitik. Oleh yang demikian, saya bermohon dari pihak saudara sebagai Ketua Pemuda untuk memberi kebenaran bagi seluruh pemuda cawangan di Bahagian Tasek Gelugor ini menjalankan diskusi transformasi UMNO tersebut.

9.         Sekali lagi, pihak kami, pemuda cawangan Pokok Machang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian dan pertimbangan pihak saudara. Atas pertimbangan itu, pihak kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.  

Sekian, Terima Kasih.

Salam penuh taazim,

Abdul Mohsein Bin Mohd Shariff

Ketua Pemuda

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Pokok Machang

s.k.: Seluruh Ketua Pemuda UMNO Cawangan,

        Bahagian Tasek Gelugor

i believe we should 'berani berubah!' otherwise we should 'bersedia direbah!'

1 comment:

AriffSMB said...

Salam...

Jemput sertai Blogger Pembela Negara (BPN).

Layari blog saya di :

http://suaramelayubaru.blogspot.com

untuk keterangan lanjut.

Dari,
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bagan Ajam.