Siapa berani kata orang UMNO Tasek Gelugor buta? buta mata?! buta perut atau buta hati? Hari ini (6 Januari 2010) tiada siapa perlu berkata-kata kerana sememangnya bukti terpampang di depan mata. Klik sini dan sini
Tidak perlu kita membicarakan soal perkara Mahkamah takut-takut dituduh subjudis atau menghina Mahkamah. Hakikatnya laporan berkisar kahwin cerai selalunya adalah sebab kehadiran orang ketiga (dalam kes ini 10!) Manakan tidak hancur hati seorang isteri bila menyedari suaminya bermain kayu tiga. Tapi itulah 'manis' bermadu, si isteri jadi dungu, si suami mesti pandai temberang dan menipu. sigh.
Cukup sedih penyakit sosial bangsa Melayu tatkala kita menuju dekad baru. Tapi yang lebih menyedihkan apabila watak-watak sebegini di angkat dan di tatang sebagai pemimpin untuk memimpin akar umbi. Siapa yang patut dipersalahkan? Sang Datuk yang kepingin pangkat dan kemasyhuran atau perwakilan yang taksub mengejar kekayaan? (rasuah politik).
Hari ini bukan sahaja wibawa Datuk dipertikai di hadapan Mahkamah malah yang lebih menyedihkan setiap pekung perwakilan UMNO tahun 2008 yang telah menyalahgunakan 'kuasa' yang di amanahkan kepada mereka oleh ahli ahli cawangan. Begitu mudah perwakilan mengangkat Datuk sebagai seorang pemimpin mereka hatta kerana mengaut sekelumit keuntungan. Masih jelas lagi di memori, tatkala disebut nama Datuk memenangi kerusi jawatankuasa bahagian dan kerusi G7, namanya disorak gembira oleh para penyokong dan perwakilan yang sudah mendapat habuan. Inilah yang terus menjadi tradisi UMNO di Bahagian, sebut saja nama berpangkat 'Datuk", perwatakan menarik, bermulut manis, senang menghulur habuan maka terus popular dan menarik perhatian perwakilan. Tidak siapa pula yang mengkaji siapa gerangannya, mana asalnya, apa pekerjaannya dan paling penting mampukah dia memikul tanggungjawab perjuangan bangsa?
Sayang, perwakilan UMNO Bahagian waktu itu ibarat tiada satu jauhari yang mengenal manikamnya.
Hari ini sebenarnya mereka mereka ini yang telah memilih orang seperti Datuk memimpin bahagian patut berasa lebih malu dan bersalah bukan hanya pada diri sendiri malah pada seluruh anak bangsa yang meletakkan tanggungjawab memilih pemimpin di bahu mereka. Kenanglah kesilapan ini buat pengajaran di masa hadapan
"Sesungguhnya Allah kalau Dia nak bagi pembalasan, Dia bayar cash!! tak perlu tunggu hari pengadilan."
1 comment:
sudah tiba masanya semua pemimpin x kira parti supaya menjadi bersih.. kdg2 kita sangka pemimpin2 ni (termasuk semua pemimpin persatuan, ngo, pertubuhan, ajk masjid/surau,kelab2 bola, rukun tetangga dan sbgnya bersih tapi Allah jua yg tau hati mereka.
Post a Comment