2009 telah pun melabuhkan tirainya. Selamat menempuh 365 hari (361 hari , jika dikira dari hari ini ) mendatang yang penuh dengan cabaran baru yang akan datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Pastinya, setiap cabaran itu harus ditangani dengan penuh hikmah, sabar dan berhemah. Ini kerana pendekatan sedemikian dalam alaf yang serba mencabar ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan perbalahan, pergeseran dan kontroversi. Konfrontasi secara intelektual merupakan kaedah terbaik dalam mendirikan ketamadunan. Gerakan menyanggah dan provokatif harus segera dielakkan dalam menjaga keharmonian negara.
Lalu cara terbaik dalam menangani isu penggunaan Kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald Tribune adalah dengan:
1. Bertenang; percaya ini merupakan satu ujian dari Allah kepada Umat Islam Malaysia.
2. Mengumpul kekuatan dan kesedaran di kalangan Umat Islam Malaysia bahawa keimanan diri merupakan tonggak dan pendinding kepada sebarang unsur merosakkan Akidah Islamiyah.
3. Bersatu; dalam erti kata meletakkan prinsip dan ajaran Islam melebihi kehendak politik dan peribadi.
4. Bersedia dari segi mental, intelektual dan fizikal untuk menangkis sebarang tindakan provokatif bagi mengeruhkan keadaan.
5. Percaya bahawa dari kekusutan ini ada hikmah penyatuan antara seluruh umat Islam Malaysia yang kebelakangan ini begitu rapuh dan tiada kesepekatan.
6. Berdoa, musibah ini akan menjadikan umat Islam Malaysia lebih yakin kepada Allah, dan membuka ruang hidayah kepada umat manusia untuk mengenali Allah yang Esa.
Insya Allah, Ujian ini hadir sekadar menguji keimanan dan membuka ruang keinsafan untuk kita kembali kepadaNya. Amin
No comments:
Post a Comment