18 April 2010

Percaturan Formula 1Malaysia

1. PRK P94 Hulu Selangor merupakan pentas terbaik untuk melihat sejauh mana formula 1 Malaysia di terima rakyat. Meletakkan calon berbangsa India (MIC) di kawasan kepadatan penduduk adalah orang Melayu merupakan satu percaturan yang berisiko. Namun ini merupakan satu platform untuk menilai sejauh mana gagasan 1 Malaysia berjaya meresap ke sanubari hati rakyat.

2. Uniknya, 3 KADUN dalam Parlimen P94 ini diwakili semuanya oleh ADUN dari BN dimana 2 orang adalah wakil rakyat UMNO dan 1 orang wakil rakyat MCA. Maka meletakkan MIC sebagai calon merupakan 1 formula ke arah mewujudkan persefahaman yang kental di antara kesemua wakil rakyat BN yang terdiri berbilang kaum dalam menjuarai rakyat.

3. Namun dalam menghadapi hari penamaan calon pada 17 hb ini, kelihatan BN masih tercari calon dari MIC yang mampu diketengahkan kepada pengundi. Di pihak MIC mahu mengekalkan muka lama Dato Palanivel yang kalah tempoh hari pada PRU 12 manakala terdapat suara akar umbi yang mahukan calon yang lebih muda atau wajah baru. Ini selaras dengan kehendak rakyat yang progresif mahukan calon yang boleh membawa nafas baru kepada kawasan Hulu Selangor.

4. BN telah memdengar denyut nadi rakyat dengan mencalonkan seorang wajah baru sebagai calon iaitu P Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC. Samada beliau calon kompromi atau sebaliknya, biarlah pengundi HS menentukan nasibnya. Yang nyata, kekalahan di Pihak BN, maka MIC sudah boleh dikibar sebagai tidak relevan dalam senario politik semasa.

Selamat Berjuang!

updates: Pertandingan 4 penjuru di Hulu Selangor, PKR, BN dan 2 calon bebas

No comments: