13 February 2009

Paranoia

Kemelut yang melanda negara waktu ini sangat mengusarkan. Jelas kelihatan dua axis politikus perdana (BN dan PR) mengembleng seluruh kudrat, tenaga dan bijaksana untuk menarik persepsi rakyat terhadap setiap percaturan politik mereka. Rakyat disogok dengan pelbagai tohmahan, pertuduhan dan ancaman yang diselang seli dengan fakta-fakta benar demi sensasi potret politik tanahair. Nah, akhirnya rakyat terus terjerumus dan keliru pada lingkungan waktu hanya kerana ingin memuaskan hati para politikus-politikus yang ingin terus berkuasa!

Padahal yang paling utama saat ini, sejauh mana persediaan negara kita dalam menempuhi situasi ekonomi yang semakin merundum tatkala kejatuhan sistem pasaran bebas dunia. Sekadar kita terus 'menderhaka' atau terus gembira bijak 'merampas kuasa' tidak akan sepenuhnya membantu desakan untuk kita bersedia mengharungi satu lagi episod kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka akan lebih buruk dari situasi tahun 97. 

Penulis terpanggil untuk membicarakan tentang paranoia yang melanda kedua2 axis ini dalam menentukan kelangsungan masing- masing. Habis seluruh rakyat disuruh bersimpati dengan situasi padahal yang menjadi 'dalang' adalah pimpinan masing2. Sangat jelik dan memualkan apabila simpati rakyat ditagih dan dikerah hanya kerana untuk memastikan agenda politik berterusan dan apabila situasi semakin goyah, Polis dipaksa/terpaksa berhempas pulas memastikan keamanan atas dasar menegakkan undang-undang. Yang rugi dan terus rugi tetap rakyat yang keliru dan terpedaya menjadi barisan hadapan berdepan dengan pasukan polis yang sentiasa bersiap siaga. Menyedihkan, institusi raja sama tersabit manakala Melayu UMNO dan Melayu PAS  bertembung di medan perhitungan untuk tentukan siapa sebenarnya hero bangsa?!

Melayu akan terus melayu, 
hatta rakan sebangsa sudah tidak pandai menilai antara kaca dan permata.

Paranoia as it happens

No comments: