Heyya!
Saya ingin menyeru semua orang yakni seluruh rakyat Malaysia dan juga mamat & minah Indon, bangla, maid Filipina, buruh2 Myanmar tidak lupa Pak Guard Gurkha/Nepal et al yang menetap di Malaysia dan fasih berbahasa Melayu untuk sama-sama menyumbang dana pergi menonton sebuah cereka animasi 3D pertama di Malaysia; Geng:Pengembaraan bermula
Satu transformasi dalam dunia cereka layar perak telah berlaku, GENG harus ditonton oleh semua lapisan masyarakat tidak kira yang tua apatah lagi yang berjiwa remaja seperti saya... betul! betul! betul! Mungkin ada yang bertanya kenapa saya beria2 benar menyuruh orang melihat GENG? Jawapannya mudah kerana saya sendiri telah melihatnya! Saya bangga menyatakan saya adalah di antara penyumbang dana tiket demi memastikan GENG mencapai target RM 10 juta sasarannya. Tak percaya eh?!
Ini buktinya.
Figure 1: Tiket Wayang
Geng merupakan satu fenomena baru dalam industri perfileman tempatan. Tidak hairan ramai yang berpusu2 ke panggung sejak hari pembukaannya. Menariknya, hampir seluruh panggung sold out setiap hari. Hingga kini jualan tiket sudah mencecah RM2.2 juta.. wowww! kaya atuk dan hantu durian dibuatnya. Kami sendiri menghadapi saat-saat sukar mendapatkan tiket. Cubaan pertama adalah pada hari berkasih sayang. Jangkaan bahawa ramai couple-mouple akan keluar dating sampai larut malam meleset sama sekali apabila melihatkan ramai couple-mouple ini yang beratur untuk mendapatkan tiket. Lebih menyedihkan, mereka ini seperti tiada mercy langsung sanggup membiarkan adik-adik peminat kecil upin & ipin menangis kesedihan apabila tidak dapat membeli tiket kerana rupanya mereka-mereka ini lebih upin & ipin dari adik2 peminat kecil, sighh.
Berkat kesabaran dan percaya Tuhan mempunyai esa, manusia mempunyai asa.. saya terus mencuba dan akhirnya pada malam senin kliwon, saya isteri dan .... , 2 adik manis telah berjaya meloloskan diri memasuki panggung THX untuk menghiburkan diri kami dengan cerita GENG.
Permulaan cerita GENG agak mendatar tambahan saya pula sibuk menghentam hot dog 1901 kegemaran saya, namun sedikit demi sedikit cerita ini berjaya menarik perhatian saya dengan content & humor yang mengelikan ulu hati. Tidak terkejut jika saya katakan seluruh panggung bergelak sakan pada ketika lawak2 tertentu yang begitu bersahaja. Namun ada ketika pula perasaaan menyayat hati apabila jiwa dan perasaan penonton dimainkan.. tsk..tsk..tsk.. tidak kurang juga elemen aksi dan suspens yang mampu membuat anda tidak senang duduk. Keseluruhan kami begitu teruja dan gembira.. dan lebih utama berbangga kerana hasil kerja anak tempatan berjaya membuka mata dunia dengan semangat MALAYSIA BOLEH! yehaa.
Saya begitu teruja dan berjanji akan membeli DVD original apabila sudah berada di pasaran kelak supaya boleh dimainkan tatkala jiwa saya gundah gulana!
Oleh itu jangan lepaskan peluang anda. Marilah kita ramai2 pakat p tengok GENG: Pengembaraan Bermula. Jom..
Geng trailer here.
p/s: Ini adalah advektorial tidak berbayar ikhlas demi kemajuan Animasi 3D negara.
Gambar2 muat turun dari gengthemovie.com
1 comment:
Cerita ni memang nampak menarik..tapi apakan daya, tak dapat nak bawak sikecil ke pawagam..kena tunggu DVD keluar le nampaknya...sigh..
Post a Comment