Terkedu. Itu adalah reaksi pertama apabila mendengar berita bahawa Presiden Obama dinobatkan sebagai penerima hadiah nobel keamanan 2009 oleh jawatakuasa nobel di Oslo. Presiden Obama bakal mengikut jejak langkah 3 presiden terdahulu yg juga pernah mendapat anugerah yang sama antara lain President Theodore Roosevelt. Malah Obama mengorak langkah dalam sejarah kerana mendapat anugerah yang tidak pernah dimenangi oleh 3 presiden terdahulu, Bush sr, Clinton, Bush jr walaupun sangat jelas penglibatan mereka dalam usaha damai Asia Barat.
Dimanakah kelebihan Obama berbanding kelibat 3 bekas presiden yang rata-rata meninggalkan bekas dalam senario politik Semenanjung Arab tersebut?
Persoalan sedemikian hanya mampu dijawab oleh jawatankuasa pemilih hadiah nobel. Adakah penganugerahan ini lebih kepada maksud tersirat mereka kepada Obama untuk lebih berusaha mencari keamanan dunia ataupun secara langsung memberi mesej kepada Presiden AS itu sudah tiba masanya AS berhenti menjadi polis dunia. 4 tahun pemerintahan Obama akan menjadi platform terbaik untuk menjawab sebarang persoalan timbul dari penganugerahan nobel tersebut.
Sebagaimana respons Obama, "I'm humble with the award", masyarakat dunia khususnya berharap Obama akan membuka lebaran baru dalam menjadi pencetus dunia yang lebih aman dari peperangan dan kuasa nuklear. Obama pasti diingati sebagai Presiden yang berani berubah demi keamanan sejagat dan pastinya faktor ini menjadi perkiraan dalam penentuan Obama sebagai calon 'terbaik' hadiah nobel keamanan 2009.
Semoga Obama berjaya mencari Al Ghazali dan menjumpai damai abadi...
p/s: menyokong bulan bahasa kebangsaan :)
Sent by mymorky plan