26 March 2008

apa sudah jadi pada negara?

di sana sini kedengaran desakan dan luahan hati rakyat meminta pimpinan negara melihat dan 'cermin'kan diri mereka atas kemelut yang melanda negara.

sayang hanya segelintir pimpinan merasakan perlu ada perobahan dalam menangani permasalahan yang timbul. selebihnya masih lagi dibuai samada separuh sedar , buat buat tak sedar akan isu yang melanda.

kemelut makin lama makin besar.. luka kecil kalau tak dirawat pun mampu jadi nanah apatah lagi hati rakyat kalau sudah terguris. kasihan pimpinan... masih di alam mimpi walaupun realiti rakyat menangisi.

apa kah kesudahan cerita negara ini..
pasti nya suara rakyat akan bergema sekali lagi
cuma tempoh waktu belum tahu lagi

1 comment:

akitna said...

ooooo...dah ada blog rupanya....