23 September 2008

Oppss! I did it again... to cling to power. (Oppss! Saya buat lagi untuk terus berkuasa)

*mode hati kering*
Adoi!
Gua tak paham la, apsal la sengal sangat mamat nih. Orang dah cakap tak nak, tak nak and turun LAH, tak paham2 jugak... Karang kalau sepak kang.. kata kurang ajar pulak... Tapi kalau dah tak sedar diri dok kemaruk kuasa... sekali sekali kena juga lekat lima jari kat muka. Macam mana, ada berani?!


*mode hati dah kembali beriman*
Adalah sesuatu mendukacitakan apabila sekali lagi Badan Perhubungan UMNO negeri membelakangkan
ahli akar umbi dalam menentukan hala tuju kepimpinan UMNO. Pernyataan demi pernyataan dibuat bagi menunjukkan sokongan kepada penjawat Presiden UMNO menggambarkan bahawa kepimpinan UMNO peringkat negeri sendiri sudah tidak yakin dengan demokrasi dalam UMNO. Mereka-mereka ini (read: Pembesar UMNO) merasakan apabila berbuat demikian ahli ahli UMNO akan menjadi pak turut dan kedudukan penjawat Presiden UMNO akan terjamin. Hakikatnya, polemik politik tanahair nyata berubah terkesan daripada PRU 12 tempoh hari.
Saya percaya perkara 'jiwa kacau' ini tak mungkin akan berlaku sekiranya penjawat Presiden UMNO boleh memikir secara rasional mahupun spiritual bahawa tampuk kuasa adalah ujian dari Allah untuk hamba Nya. Apabila ujian telah gagal maka akan datang 'kuasa' dari Allah jua dalam bentuk suara ahli akar umbi menolak kepimpinan yang 'kaput' Maka bermula lah usaha seperti ini dan ini demi menarik pembesar2 UMNO untuk kembali bekerja untuk bos no 1. (dan mungkin bos no 2)

Ingatlah! UMNO adalah parti perjuangan bangsa bukan perjuangan pembesar mana2. Marilah kita semua kembali kepada perjuangan yang asal. Bak kata empunya diri;
"Bekerja bersama saya (jika saya masih layak), bukan bekerja untuk saya (demi kepentingan peribadi saya)".

Ironiknya: Antara 13 ketua bahagian PP yang hadir kedapatan 2,3 pimpinan bahagian yang tiada ; Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Tasek Gelugor. Lebih dikesalkan, Ketua Bahagian Bukit Bendera yang sekarang digantung keahlian juga berada padahal adalah menjadi kesalahan ahli yang digantung berada di dalam mesyuarat. Pelik tetapi itulah hakikat Badan Perhubungan UMNO PP.
Sekali lagi ditegaskan bahawa prinsip badan perhubungan UMNO PP ini tidak boleh dipegang selaras dengan usul yang telah dibawa UMNO Cawangan Pokok Machang

1 comment:

mummybosan said...

nak kena sekehan PR baru nak turun kot...