22 October 2008

Transformasi UMNO - Satu Renungan

Wahai ahli-ahli perwakilan UMNO keseluruhannya (terutama yang masih belum bersidang!)

Dalam keseronokan kita mengumpul 'dana' dan ketaksuban kita untuk memilih pemimpin baru UMNO yang bakal menjadi pendokong wadah perjuangan bangsa samada di peringkat bahagian dan pusat, harus kita pelajari dan fahami bahawa setiap undi yang kita beri itu adalah amanah dan tanggungjawab bukan sekadar atas kepentingan kita tetapi adalah mewakili suara 50 ahli UMNO di cawangan masing-masing. Perkara ini antara sedar atau tidak sangat-sangat tidak dititikberatkan oleh perwakilan cawangan ke bahagian kerana merasakan bahawa apa jua keputusan yang dilakukan dalam persidangan bahagian nanti adalah mewakili hanya dirinya sendiri.

Kasihan sungguh UMNO! kerana dalam ketika dan waktu UMNO berada pada tahap paling 'lemah' perkara sedemikian penting itupun tidak dapat diperjelaskan sebaik-baiknya kepada perwakilan cawangan. Maka gejala-gejala buruk seperti rasuah politik dan political assasination yang memungkinkan setiap perwakilan cawangan ini mengkhianati harapan akar umbi (setiap 50 ahli UMNO peringkat cawangan) akan terus berleluasa.

Maka saya ingin mencadangkan sekiranya satu usaha untuk mereformasikan UMNO dijalankan, sekiranya undi setiap perwakilan cawangan masih diguna pakai sebagai pendekatan memilih pemimpin UMNO tidak kira diperingkat bahagian mahupun pusat -setiap perwakilan cawangan yang mewakili 50 ahli UMNO cawangan itu haruslah mengenalpasti, atau diberi tanggungjawab yang lebih besar mendapatkan maklum balas dari setiap seorang 50 ahli cawangan tersebut yang diwakilinya dalam membawa setiap 1 undi bagi pemilihan pimpinan di peringkat bahagian mahupun pusat.

Dengan pendekatan itu, kita mengharapkan dan berdoa setiap perwakilan cawangan akan lebih bertanggungjawab, akan lebih berusaha sebagai wakil cawangan, akan lebih faham apa itu demokrasi dan akhirnya akan lebih arif dalam memilih pemimpin yang sebenar-benarnya membawa aspirasi ahli UMNO akar umbi.

Bukan hanya sekadar mengambil peluang di sepanjang pemilihan UMNO ini, bersuka-suka untuk menagih keuntungan singkat tidak kira melalui janji-janji politik ataupun lebih teruk lagi meminta sogokan habuan wang ringgit demi setiap undi yang akan diberi. Dimanakah harga diri kita sebagai seorang Melayu yang ingin melihat kelangsungan parti UMNO?
Hanya kerana sudah wujud persepsi bahawa setiap perwakilan itu adalah penentu hala tuju politik setiap calon yang bertanding, maka usaha dan perjuangan yang lebih besar iaitu survival parti UMNO diketepikan kerana akhirnya yang rugi adalah kita, ya kita anak-anak Melayu yang masih mendokong perjuangan UMNO.

Suka untuk saya mengakhiri renungan ini dengan kata-kata seorang pejuang bangsa Scotland, William Wallace dalam salah satu daripada episod peperangan bangsa Scotland berperang mendapatkan kemerdekaan mereka dari Raja England;
antara lain berbunyi..

*
"Ya berjuang, dan kamu mungkin akan mati! Lari (dari medan perang ini), kamu akan hidup tetapi itupun mungkin hanya seketika...

Tetapi ingatlah, ingatlah wahai rakan2 bangsaku!
Beberapa tahun nanti ketika nafasku semakin sempit dan sesak dan kamu telah menghampiri matimu, sanggupkah kamu gadai ganti hari-hari yang telah kamu lalui itu dengan HARI INI apabila kamu diberi peluang, hanya satu peluang untuk katakan kepada musuh musuh itu bahawa mereka mungkin akan mengambil nyawa kita tetapi tidak sekali kali mereka dapat mengambil kebebasan kita!"

...dan pada hari ini aku akan bangkit melakukan perubahan dan memilih kebenaran!"


renung renungkan.. selamat beramal.

*ungkapan itu diambil dari cerita "braveheart"

video

trailer braveheart ihsan 20th century fox

4 comments:

kawaii_desu said...

political assasinations happens at large at my division, the ever notorious jeutong

Saiful Ambar Abdullah Ambar said...

Ungkapan tuh memang best..memang superb!.. Boleh meremang bulu roma bila tgk cerita nih. Tapi hakikatnya, sayang, tak ramai yang "mampu" untuk menggalas beban perjuangan. Doa saya untuk semua pejuang-pejuang, moga Allah cekalkan hati anda!

Anonymous said...

bro,

braveheart mmg antara cerita favourite aku...memaang semangat dibuatnya!


skidall

u-wartawan said...

Hai cik Mohsein.
Saya Dilhafifi dari Astro Awani.
Kami memilih blog cik Mohsein untuk di review pada rancangan kami, U-Wartawan pada hari Rabu ini, 26 Mac 2009, jam 10 malam. Cadangan cik di dalam artikel "transformasi UMNO" akan disiarkan pada rancangan tersebut. Diharap cik Mohsein tidak keberatan untuk menghantar sekeping gambar ke uwartawan@gmail.com. RSVP.
Terima kasih