Ya Allah ya tuhan ku
Di keheningan pagi yang murni ini
Aku merafak sujud ke hadrat Mu
Bersyukur di atas kurniaan Engkau, Ya Allah
Atas kesempatan menghirup nikmat Ramadhan
Untuk ke sekian kalinya lagi
Ya Allah ya tuhan ku
Aku ini insan kerdil
Menagih rahmat dan hidayah dari Mu
Dalam keinsafan atas dosa dosa lalu
Agar diketemukan bagi ku, Ya Allah
Makrifat dan Syafaat Ramadhan
Sebuah cahaya yang akan menerangi kegelapan
Ya Allah ya tuhan ku
Nikmat Mu di bumi bertuah ini
Begitu zahir lagi terserlah
Ramadhan Mu penuh dgn manisan
Cukup meriah buat hamba-hamba Mu, Ya Allah
Hingga terkadang ada yang terlupa
Ada lagi insan yang kelaparan dan dihimpit kesempitan
Maka Kau datangkan Ramadhan
sebagai peringatan serta pedoman
Ya Allah ya tuhan ku
Ku tadahkan tangan tanda kesyukuran
Ku mohon doa seribu keampunan
Semoga ku diberkati sepanjang perjalanan
menikmati Ramadhan Mu kali ini
untuk menjadi insan
untuk menguatkan pegangan
untuk mengenal erti kepayahan
kerana akhirnya
kesudahannya Kau janjikan kebaikan
dengan inayah Mu, Ya Allah
Allah humma salimna Ramadhan
Wa salim Ramadhan na lana.
05 Ramadhan 1429H
Di keheningan pagi yang murni ini
Aku merafak sujud ke hadrat Mu
Bersyukur di atas kurniaan Engkau, Ya Allah
Atas kesempatan menghirup nikmat Ramadhan
Untuk ke sekian kalinya lagi
Ya Allah ya tuhan ku
Aku ini insan kerdil
Menagih rahmat dan hidayah dari Mu
Dalam keinsafan atas dosa dosa lalu
Agar diketemukan bagi ku, Ya Allah
Makrifat dan Syafaat Ramadhan
Sebuah cahaya yang akan menerangi kegelapan
Ya Allah ya tuhan ku
Nikmat Mu di bumi bertuah ini
Begitu zahir lagi terserlah
Ramadhan Mu penuh dgn manisan
Cukup meriah buat hamba-hamba Mu, Ya Allah
Hingga terkadang ada yang terlupa
Ada lagi insan yang kelaparan dan dihimpit kesempitan
Maka Kau datangkan Ramadhan
sebagai peringatan serta pedoman
Ya Allah ya tuhan ku
Ku tadahkan tangan tanda kesyukuran
Ku mohon doa seribu keampunan
Semoga ku diberkati sepanjang perjalanan
menikmati Ramadhan Mu kali ini
untuk menjadi insan
untuk menguatkan pegangan
untuk mengenal erti kepayahan
kerana akhirnya
kesudahannya Kau janjikan kebaikan
dengan inayah Mu, Ya Allah
Allah humma salimna Ramadhan
Wa salim Ramadhan na lana.
05 Ramadhan 1429H
2 comments:
selamat berpuasa bro! aku masa kat penang dulu asyik buka posa sorang2 jer pasal masa tu aku bujang lagi. nak harapkan ko, tak kenal lagi ko masa tuh...hatta burger terbaboo ko tuh jauh laa aku nak tau.
wehh..ko kat kl atau kat penang skrg nih? kalu kat kl, kasi la calling2 sket...ko ada nombor aku lagi kan?
p/s--had to ask u this la bro. what is ur stand on the bukit bendera chief issue? all 13 branches supported him. Do you?
Salam bro,
Memang bukak puasa di Penang paling best! mesti hang terliur murtabak hameediyah yang sedap tapi sangat 'menyembelih' itu.
Ataupun pasar ramadhan di Bayan Baru yang penuh manusia.
Aku ada di KL,
insya Allah aku carik hang nanti kita terbabooo sama2
p/s: My stand is in next postings ;)
Post a Comment