31 August 2008

Lembaran Baru Kemerdekaan Negara ke-51

Detik 12 malam malam 30 Ogos sentiasa ditunggu saban tahun bagi menunggu ketibaan tarikh keramat kemerdekaan negara. Apabila jam mula berdenting 12 kali maka keriuhan, sorak gembira mula mengisi ruang malam sebagai simbol kemeriahan sambutan. Tahun ini genap 51 tahun negara Malaysia merdeka, pengisian acara mungkin tidak sehebat perayaan jubli emas, besar kemungkinan menghormati bulan Ramadhan yang bakal datang dalam sedikit masa.
Kehebatan perayaan bukanlah menjadi ukuran kejayaan sesebuah negara. Perarakan dan perbarisan menjadi sebahagian dari aturcara kemuncak setiap kali datangnya 31 ogos. Namun pengisian yang paling penting adalah sejauh mana kita telah benar mengecap rasa merdeka. Adakah kita perlu merobah untuk rasa merdeka ataupun kita perlu fahami sejarah kemerdekaan untuk kita benar2 rasa merdeka? Sememangnya amat payah untuk generasi pasca merdeka menilai apakah itu kemerdekaan dan lebih susah apabila generasi ini ditagih untuk mengisi kemerdekaan itu.
Merdeka bukan hanya semata laungan 'merdeka'. Merdeka akan lebih bermakna apabila setiap anak Malaysia tahu bersyukur bahawa dengan pengorbanan, keazaman, keikhlasan dan kesepakatan semua bangsa akan dapat terus mempusakakan anak cucu kita dengan sebuah negara bangsa.
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke 51

2 comments:

Saiful Ambar Abdullah Ambar said...

Selamat Menyambut Ramadhan Mohsein!!

abu_abbas said...

ahlaan wasahlan ya Ramadhan .

Ya marhaban bikum....

Semoga Ramadhan kali ni menjadika kite terbebas dari senarai ahlul neraka amien.,....