Kekurangan bekalan beras yang drastik di Asia telah menimbulkan pelbagai telahan buruk yang akhirnya membawa keadaan konflik seperti yang berlaku di India dan Filipina. Ironinya, India sebagai sebuah negara pengeksport utama beras menghadapi saat genting dalam negara manakala Filipina, antara negara pengimport utama beras dunia menghadapi situasi yang rumit tatkala rakyat menagih bekalan untuk mengisi perut.
Keadaan yang sama juga melanda Malaysia. Yang jelas, kerajaan telah berusaha mengawal keadaan dengan memberi jaminan bahawa bekalan beras di Malaysia akan mencukupi sehingga sekitar 6- 7 bulan. Ini pasti akan memberi kelegaan kepada masyarakat bahawa bekalan adalah mencukupi. Namun yang pasti, bekalan yang cukup tidak mampu menahan harga beras naik dengan begitu mendadak. Beras ibarat komoditi minyak yang berubah harga saban hari. Tiada jaminan harga beras hari ini akan bertahan sehingga hari esok. Keadaan ini amat merungsingkan kerana rata2 rakyat Malaysia bergantung hidup kepada bekalan beras. Rakyat Malaysia masih tidak dapat menerima makanan alternatif lain semudah menerima media baru di internet!
Walaupun kerajaan menegaskan bahawa harga beras gred super tempatan masih dalam kawalan tetapi masyarakat malaysia kebanyakannya tidak bergantung kepada beras gred ini. Masyarakat Malaysia lebih menggemari beras bergred super spesial tempatan yang mempunyai peratus hancur lebih rendah (5%). Hakikat bahawa gred SST ini tidak dibawah harga kawalan tidak membantu pengguna yang membeli beras jenis ini.
Malaysia masih lagi bergantung kepada hasil import beras kurang lebih 40% bagi menampung 60% pengeluaran beras negara. Sudah tiba masanya kerajaan mengembleng tenaga meningkatkan kadar pengeluaran padi negara untuk menampung permintaan pengguna dari bergantung harap kepada beras import. Tambahan, selama ini BERNAS sebagai pemegang AP beras negara telah memonopoli beras import dan mengaut keuntungan darinya sehinggakan terlupa bahawa peranan mereka sebenarnya lebih kepada membantu meningkatkan pengeluaran beras dalam negara yang secara langsung membantu pesawah2 padi.
Krisis ini sebenarnya membuka lebaran baru untuk melihat potensi yang besar dalam peningkatan pengeluaran makanan negara. Seharusnya peluang ini diterokai dan diguna sebaik mungkin dengan pengenalan varieti padi/beras yang lebih berkualiti yang mampu memberi pulangan yang baik kepada petani dan menampung keperluan beras masyarakat.
Dan apabila Kerajaan India telah mengenakan larangan kepada semua beras India selain basmathi dari dieksport keluar negara, ia telah membuka lebaran baru dalam kemajuan teknologi pertanian yang dipelopori oleh MARDI. Kini telah tiba masanya untuk merealisasikan teknologi itu. Tunggu.
No comments:
Post a Comment