28 November 2008

kota bandung daerah keriangan di kepulauan jawa

Images 1 : Kereta Bandung

Bandung memberikan banyak pilihan kepada pengunjungnya. Antara jiwa remaja dan darah muda pasti bergelodak gembira tatkala menjejakkan kaki di kota ke-empat terbesar di Indonesia ini. Sebuah lembah subur yang dahulunya lebih terkenal dengan ladang ladang teh dan pusat latihan pasukan elit Indonesia -Kopassus, kini Bandung menjanjikan pengalaman manis untuk setiap pengunjungnya yang hadir bukan dengan 1 atau 2 beg malah ada yang terpaksa pulang dengan tambahan beg yang ketiga.
roll on!

Image 2: Air Asia Indonesia


Satu ketika pengkalan udara Hussein Sastranegara merupakan pintu masuk kepada jet-jet pejuang Indonesia yang menjaga kedaulatan negara, namun berkat kebijaksanaan mengambil peluang (typical malaysian attitude) seorang pengasas jet tambang murah, Air Asia maka pengkalan ini telah dibuka untuk laluan komersil dan telah memberi laluan emas buat Tony Fernandez and co membawa lebih ramai penduduk Malaysia terus ke Kota Bandung tanpa perlu lagi melalui Jakarta. Bijak! Bijak!

Image 3

Tiga orang dewasa yang begitu gembira menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Dari kiri: Hafeez aka Mr Betz yang julung2 kali datang dan menfokus untuk memborong barangan tertentu. Pn Khamilah aka milla begitu gembira kali ini utk bulan madu keduanya dan semestinya akan melakukan apa sahaja demi kepuasan 'retail therapy'. Azreena atau lebih dikenali sebagai eena syed merupakan tonggak pengembaraan kali ini kerana ini merupakan pelancongan keduanya ke Bandung dan kerjaya beliau sebagai agen pelancongan menyenangkan semua orang, maksud kami semua orang yang turut serta kerana tiket, wang rupiah, dan penginapan di uruskan sepenuhnya oleh beliau. Tahniah!

Image 4

Kehidupan warga Bandung begitu 'laid back'. Mereka tidak kalut malah tidak pula merungut sekiranya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Manakan tidak, acapkali kereta berhenti di lampu trafik, pasti kami terhibur dengan hiburan jalanan yang dimainkan anak anak muda yang tak keberatan mendendangkan 1 atau 2 buah lagu asalkan berbayar. Paling tidak wang 500 rupiah menjadi imbuhan. Cukuplah buat mereka untuk mendapatkan sesuap nasi hari itu jika sudah ada 1000 - 2000 rupiah di tangan. Paling tidak mereka pasti mendapat inspirasi baru untuk ilham lagu lagu terbaru mereka dan saya percaya satu hari nanti anak-anak muda ini akan menjadi pelapis buat nidji, ungu, so7 dan peterpan yang sungguh feymes di Malaysia menghiburkan warga Indon dan Malaysia.

Image 5

"Rumah mode" adalah di antara berpuluh-puluh FO (read: factory outlet) yang dikunjungi pengunjung setiap hari tidak kira siang ataupun malam. Kadar kesesakan pengunjungan akan berganda pada setiap hujung minggu tatkala warga Jakarta juga turut turun membeli belah menurut kata eena syed. Bandung memang terkenal sebagai kota membeli belah, tidak hairan kalau ada di antara yang datang terpaksa pulang dengan muatan lebih atas penangan 'compulsive buying' yang menjadi-jadi sehinggakan ada yang menepuk dahi melihat 'damages' yang dilakukan saban hari. Cuba bayangkan jika 'damage' diunjurkan sebanyak Rupiah 1 juta setiap hari iaitu bersamaan RM400 maka pengembaraan kami yang berlangsung 4 hari 3 malam menghasilkan berapa 'keuntungan'?! jawab jgn tak jawab...


nahh hasilnya seperti ilustrasi di bawah.. sapa yang gembira?! dari kiri: eena syed dan mdm milla..

Image 6




Image 7


ahh lupakan seketika bab 'damages' kerana apa yang lebih penting apabila kita stress membeli, perkara yang dapat menghilangkan tekanan itu pastinya dengan makanan yang komplit. Tepat sekali ini adalah NASI KOMPLIT - satu hidangan Sunda yang sangat enak dan menyelerakan. Cukup segala ramuannya dengan petai, tempe ayam goreng diadun sekali dalam satu hidangan yang menggamit rasa lapar tak terhingga sehingga kita terlupa yang kita masih berhitung2 berapa uang yang masih tinggal. Sekali lagi ingin saya tekankan bukan hanya cewek indon boleh buat anda terpegun.. Makanan indon juga pasti membuka selera! Ini belum saya bercerita tentang indo mie.


Image 8

Kepada penggemar ikan air tawar seperti saya, guramie goreng pasti membuka selera anda. Tidak akan komplit hidangan Sunda jika tidak disertakan dengan seekor guramie yang digoreng ranggup. Ada juga yang suka kalau dibakar dengan kicap tetapi masih tidak boleh lawan guramie yang digoreng kerana impak dari pilihan pesanan ini pasti anda tidak akan kecewa seperti digambarkan dalam ilustrasi berikutnya!



Image 9 : ambik kau! guramie goreng... tinggal kepala je beb! Dari kiri: Eena syed : burpppp...
Mdm Milla: Boleh tambah?!



Image 10


dan hari hari di kota Bandung takkan ceria tanpa meneguk teh botol yang begitu feymes itu. Begitu banyak dan laris sehinggakan satu hari tanpanya tak mampu untuk tidur dengan lena. Sila abaikan model di sebelah. Tidak ada mengena tetapi jika anda kenal sila tag beliau dalam facebook anda.


Image 11


Dan hari hari di kota Bandung semakin ceria kalau hari hari dapat ketemu awek seperti sedemikian rupa yang nampak ceria walaupun posing di dalam angkutan kota - sejenis teksi harian yang popular. Seperti kata Mr Betz "jika begini wajah-wajah cewek bandung.. aku sanggup menjadi supir angkutan kota itu... " yelah tu Mr Betz.

Image 12


Aktiviti malam di Kota Bandung merupakan perkara yang dinantikan oleh setiap individu tidak kira apepun tujuannya. Memandangkan FO terus berniaga sehingga lewat jam 9 ( waktu Malaysia sudah pukul 10) maka kami meneruskan aktiviti membeli belah utk menghabiskan wang2 rupiah yang masih tinggal. Tetapi harus diingat wang rupiah jangan dihabiskan kesemuanya kerana waktu mau berangkat meninggalkan Bandung masih terdapat cukai airport dan barangan lebihan yang harus diselesaikan di airport kelak dan kemungkinan bayaran kami menjangkau berjutaan rupiah adalah sangat tinggi maka kami telah mengambil langkah berhati hati untuk menyimpan siap2 wang keperluan; jika tidak tahu sajalah apa yang mampu dilakukan mdm milla! hahahah


Image 13 & 14 :antara rakaman lensa saya di malam terakhir di kota Bandung.. antara lain yang cuba dieksperikan dari rakaman lensa ini adalah.. "lihat pinggulku ini, rampingkan?!"


Image 15

dan jangan pula anda terkejut jika Mc D di kota Bandung juga menyajikan hidangan nasi komplit seperti ilustrasi di atas. Walaupun agak 'simple' berbanding nasi komplit sunda di gambaran 7 tapi masih menyelerakan kami. Cuma jangan disentuh sup sayurnya, kerana saya syak pihak restoren Mc D Indon telah meletakkan kandungan MSG begitu banyak sehinggakan acap saya makan terus perut berbunyi 'mayday mayday' tanda perlu segera ke kamar WC. Apepun kenangan menikmati makanan di Bandung tetap satu kenangan yang tak mampu saya kosongkan dari kotak ingatan saya.

Image 16



Dan akhirnya kami terpaksa menamatkan pengembaraan ke Bandung ini setelah 3 malam di sana. Kelihatan Eena Syed dan Mdm Milla tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka terpaksa kembali ke Malaysia dan kembali kepada realiti kehidupan. Kehidupan di Bandung memang menjanjikan satu kenangan membeli belah yang mengujakan namun lagi lama kita berada di sini lagi banyak 'damages' akan berlaku. Oleh yang demikian, cukup cukuplah tuh..

dengan harapan pasti ada lagi pengembaraan seperti ini yang awal2 lagi sudah dicadangkan iaitu hujung Sept tahun 2009. Nampak gaya penulis terpaksa berkerja keras demi kunjungan akan datang. Akhir kata dari penulis, ingat ingatlah orang tersayang tatkala di Kota Bandung...

was.

1 comment:

Bukittinggi - Padang, Jakarta - Bandung said...

Kalau ada yang mau lawatan kat Bukittinggi - Padang ( West Sumatera ) atau kat Jakarta-Bandung ( Java ) sila hubungi :
Mandiri Holidays
Jl. Ipuh Mandiangin 92B Bukittinggi
West Sumatera - Indonesia
Telp. +62752 8011522
Mobile : +6281363408670