Tarikh: 20 Julai 2008
Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor
Jalan Hashim Awang,
13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang
(U/P: Bakal Ketua Pemuda UMNO Bahagian)
Assalamualaikum w.b.t.
Per: Surat Terbuka Buat Bakal Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Pertama sekali, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya kerana memberi kekuatan untuk saya menukil lembaran surat ini secara terbuka buat bakal pimpinan muda UMNO Bahagian Tasek Gelugor (TG). Saya berasa terpanggil untuk menulis surat ini sebagai satu usaha untuk menyuarakan pendapat dan harapan saya kepada bakal ketua pemuda yang kelak akan menerajui sayap pemuda UMNO bahagian TG untuk membawa agenda perjuangan UMNO dalam situasi dan konteks yang lebih berdaya saing dan penuh cabaran iaitu pasca PRU ke 12.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara-saudara yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian TG. Sesungguhnya saudara-saudara sekalian punyai karisma, keyakinan dan keupayaan sokongan akar umbi tersendiri untuk dicalonkan ke perjawatan itu dan saya amat berharap ahli-ahli pemuda UMNO Bahagian TG akan diberi peluang memilih dan menilai calon yang ‘terbaik di kalangan kita’ untuk menerajui barisan jawatankuasa pemuda UMNO TG dalam suasana yang cukup sihat, profesional dan berhemah kerana kita yakin calon yang kita akan pilih kelak akan menjadi suara hebat mewakili pemuda UMNO Bahagian TG.
Sebagai bakal Ketua Pemuda Bahagian TG, saya memohon agar saudara tidak sekali-kali menjadikan wadah perjuangan ini sebagai satu batu lonjatan untuk mendapatkan kesenangan dan kelebihan kepada saudara dalam waktu singkat. Terimalah perjawatan ini sebagai satu tanggungjawab yang amat besar dan berat. Persiapkan diri saudara dari segi mental dan fizikal dengan ilmu dan pengalaman demi memastikan perjuangan UMNO di Bahagian TG khususnya dan di Pulau Pinang amnya akan terus relevan dan diterima oleh semua bangsa khususnya orang Melayu. Jika kesempatan menjadi Ketua Pemuda UMNO TG dalam tempoh 3 tahun tidak disempurnakan sebaiknya untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO maka saya percaya ahli-ahli pemuda UMNO TG akan meletakkan saudara sebagai orang yang bertanggungjawab membawa UMNO kepada kehancuran di Tasek Gelugor. Oleh itu, Beringatlah!

Saya menyeru di kesempatan menjawat sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian TG ini, saudara akan menggunakan wadah ini untuk menyuarakan idea dan pendekatan baru yang lebih segar dan berani. Barisan Pemuda UMNO Tasek Gelugor harus berani dan vokal dalam menyuarakan pandangan dan pendapat. Keterbukaan minda ini akan memberi kekuatan kepada sayap pergerakan UMNO Bahagian TG untuk bergerak di atas kaki sendiri tanpa perlu dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Biar Pemuda UMNO TG menjadi kumpulan pendesak dalam UMNO Bahagian TG asalkan tidak melanggari perlembagaan parti.
Saya percaya sebagai bakal ketua Pemuda UMNO bahagian TG, mendekati belia muda perlu dijadikan agenda utama. Pimpinan Pemuda Bahagian TG perlu lebih cekap dalam menangani isu Mat Rempit. Pergerakan Pemuda harus bersedia memberi penerangan tentang perjuangan UMNO kepada belia-belia muda agar mereka tidak cepat terpesong dengan anasir jahat. Sebagai pemuda UMNO kita kena menerima hakikat bahawa kecenderungan belia muda masakini adalah tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional. Oleh yang demikian, satu pendekatan harus dilakukan dalam mengenalpasti apakah silapnya UMNO di mata mereka. Maka saya menyeru saudara sebagai bakal Ketua Pemuda UMNO TG, akan menjadi penggerak dan inspirasi kepada semua ahli pemuda untuk bersatu berjuang demi memartabatkan semula parti UMNO yang kita cintai.
Saya juga berharap pimpinan muda Bahagian TG akan terus segar dan berkobar dalam melalui saat sukar atas kenaikan harga minyak dan bebanan inflasi. Langkah-langkah yang lebih relevan harus dibincang dan dilaksanakan supaya rakyat khususnya di Tasek Gelugor tidak terbeban akibat kenaikan harga memuncak. Sayap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian TG harus tahu apakah modul-modul dan pendekatan yang boleh digunapakai disamping menyokong pelbagai usaha bantuan kerajaan. Saudara harus bijak membuat perancangan apakah kegiatan ekonomi terbaik untuk belia muda di Tasek Gelugor supaya produktiviti dapat ditingkatkan ketika subsidi dikurangkan.
Saudara,
Kita seharusnya menerima kekalahan BN di Pulau Pinang secara terbuka. Sudah tiba masanya kita bangkit dari kekecewaan itu dan membawa aspirasi baru dalam wadah perjuangan UMNO. Janganlah kita pula berpecah belah hatta mengidamkan tampuk kekuasaan yang pada zahirnya datang dari kurniaan Ilahi. Saya bermohon sebagai bakal ketua Pemuda TG, saudara akan kembali merapatkan barisan pemuda dan memulakan era baru yang lebih profesional dan bertamaddun. Sesungguhnya kuasa di tangan saudara maka gunakanlah sebaik mungkin dalam mencatur masa depan yang lebih cemerlang. Walaupun sesiapapun antara saudara yang menang, biarlah demokrasi terus hidup dan berkembang dan saya selaku ahli pemuda akan terus patuh kepada pucuk pimpinan pemuda selagi mana barisan jawatankuasa pemuda sessi 2008-2011 tidak menyimpang dari tujuan asal yang mulia - memartabatkan bangsa Melayu di bumi Malaysia.
Salam Hormat dan Tahniah.
Yang benar,
Abdul Mohsein Bin Mohd Shariff
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pokok Machang, Tasek Gelugor
No comments:
Post a Comment