26 August 2008

Komentar 1 - Permatang Pauh P44 kekal milik PKR

Saya kagum!
DSAI menang dengan majoriti lebih besar walaupun dengan peratusan keluar mengundi yang lebih kecil adalah sesuatu yang sangat mengujakan baik di pihak BN mahupun PR. Kemenangan ini kalau di 'spin-off' dengan betul dapat ditafsirkan sebagai kemenangan rakyat dan memberi jelas harapan baru rakyat terhadap DSAI.
Seperti biasa, antara blog awal yang saya lawati untuk mendapat buah fikiran adalah blog Datuk A Kadir Jasin dan saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan beliau tentang impak kemenangan besar DSAI ini secara menyeluruh.
Saya berkongsi komentar ini di blog beliau dari sudut kaca mata seorang ahli umno; bunyinya lebih kurang begini:
"Salam Datuk AKJ,

Pertama, kita harus mengucapkan syabas kepada DSAI kerana berjaya kembali ke Parlimen setelah lebih sedekad 'dikeluarkan'.

Kemenangan dengan rekod yang lebih besar ini menunjukkan bahawa jentera pilihanraya PKR bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh untuk MEMASTIKAN kemenangan DSAI berbanding dengan jentera UMNO/BN. Walaupun jentera utama pilihan raya kecil (PRK) BN mempunyai akses dan dana yang lebih hebat nampaknya sedikit pun tidak tergugat segala perancangan DSAI untuk mendapatkan semula kerusi P Pauh ini. Satu penangan yang sungguh memeranjatkan dan membuatkan saya sendiri menepuk dahi dan tenggelam punca dimana silapnya.

Apakah dengan keputusan ini, apabila diadakan post mortem di pihak BN kelak akan menyalahkan keagresifan penyokong PKR ketika mengundi ataupun kesan serangan-serangan peribadi melibatkan Najib dan KJ? Pendapat saya mudah, jentera PRK BN harus menerima secara terbuka mereka tidak se-efisien kalau dibandingkan dengan jentera PKR dan rata rata rakyat sudahpun bertekad untuk memangkah DSAI lebih awal dari tempoh waktu berkempen. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa proses kempen yang dilakukan BN yang bersifat memburukkan Anwar tidak memberi impak kepada pengundi P.44 langsung kerana rata-rata merasakan pimpinan BN sama saja buruknya.

Perbezaan yang ketara antara jentera BN dan PKR adalah pendekatan BN yang tidak langsung membawa suatu pembaharuan dalam keadaan rakyat menagih sesuatu perubahan untuk survival diri (Walaupun diumum penurunan harga minyak RM0.15). Nah inilah 'cause' yang sebenarnya melembutkan hati rakyat untuk memilih DSAI kerana PKR mempunyai satu perjuangan dengan manifestonya memerdekakan rakyat dari segala bentuk kos sara hidup yang meningkat!

Sebagai seorang yang menyumbang keringat di pondok panas peti undi BN terkadang terkesan juga rasa hati apabila apa yang disuarakan pihak PR ada betulnya kerana sebagai rakyat, kemelut kos sara hidup tinggi benar-benar menggamit diri dan apabila persoalan-persoalan itu tidak mampu dijawab sendiri maka apa lagi yang harus kita perjuangkan?!

6 comments:

anis daud said...

walaupun keputusan ini sedari awalnya telah diduga, tapi majoriti yang sebanyak itu sebenarnya agak mengejutkan berdasarkan peratusan yang digembar-gemburkan pada malam2 berkempen yang kononnya peluang kemenangan BN meningkat sedikit demi sedikit hingga menjangkau 53% pada malam terakhir.

juga mengecewakan bila perayu2 undi yang majoritinya dari golongan muda mudi (yang rasa saya cuma bersuka-suka saja tanpa benar-benar memahami akar perjuangan) mula memekik dan melontarkan kata-kata kesat berunsur lucah antara satu sama lain, yang nyata menjelik dan menyedihkan.

boleh saya fahami bila bangsa lain memang mahukan keADILan di tanah Malaysia, tapi bangsa yang satu ini porak peranda sesama sendiri. siapa yang licik dan siapa yang dungu?

oh. ketibaan ahli dewan rakyat yang baru ini akan diperhatikan. selamat datang harga minyak, harga runcit, pelupusan pinjaman ptptn dan universiti teknologi/maktab rendah yang lain, di tanah Malaysia. hidup RAKYAT!

(NOT)

=)

Saiful Ambar Abdullah Ambar said...

Mohsein,

Thanks for the visit. Sekadar pemerhatian dari jauh, jentera prk bn telah menjalankan tugas dengan baik & bersungguh-sungguh. Cuma, apa yang orang ramai marah campur meluat adalah apabila serangan peribadi digunakan sebagai modal. It insult my intelligence as a muslim malay lawyer when people keep on repeating the mubahalah issues like none other topics to inform & urge the p.pauh voters to vote for a candidate.

Brother, from the very first day of nomination, i haven't attend any pr's ceramah except last two nights with you on bn's field. It doesn't take me long there to start on rebutting all of what the speakers were talking. But brother, i sincerely applaud you for your hardwork. Like i used to say to you, I know who you are & you know who you are.

Nanti kita set time jumpa kat maple no..

abu_abbas said...

Assalamualaikum

bro,

saje kacau ko punya blog , pertamanye tahniah dah jadi ketua pemuda umno cawangan sekarang . Aku sebagai kawan memang aku bangga dengan ape yang ko dah capai sekrang..

aku suke nak kongsi sedikit sebgai pedoman bersama untuk kau dan ku sebgai pengajaran dengan kemelut yang berlaku sekarang. aku perlu titipkan pandanagn ini kerna kau sekarang sedang bertatih untuk menuju satu puncak yang mana aku yakin kau memang layak dan sebagai kawan yang sentiasa mengiuti perkembang kau pastinya aku tak nak terlepas memberi pandangan sebagai saudara seislam..

Aku sebagai orang setiasa di bawah keliling aku dengan orang yang dikatakan golongan pertengahan. Aku lebih nampak dari sudut car pemimpin umno yang semakin meluat dena karakter dan jawapan yang berlagak diberikan . pru ke 12 langsung tidak memberi impak yang besar dalam karakter pemimpin umno. Bagi aku kita mahukan pemimpin yang sederhana ,islamik dan yang paling tepat adalah pemimpin yang menggunakan al quran sebgai pentunjuk jalan dan pentadbiran. Tiada yang lain inilah caranya pemimpin umno perlu kembali , membuka lembaran al quran selai demi selai . membacanya , mentelaah dan memahami ape yang ALLAH telah tuliskan untuk perjalanan manusia . Aku yakin dengan cara ini rakyat seperti aku akan kembali pulih kepercayaan terhadap pemimpin umno . Memang lah kita malah aku sendiri pun bukanlah orang yang baik namun kita mesti usaha untuk jalan kebaikan . aku masih yakin umno boleh pulih kembali jika perwatakan pemimpin umno, boleh aku contohkan disini seperti ayahanda kau . Tak pelu lah aku komen di sini ape yang ade pada ayah kau , tapi sebagai orang biasa kita boleh menilai yang mana boleh diikut dan tidak .

aku rase cukup dulu lah . aku akan visit lagi blog ko ni terus memberi pandangan untuk kebaikan bersama. aku yakin ko boleh berjaya namun aku harap dengan acuan yang kau bentuk sendiri .

you are manufacture engineer what

Anonymous said...

Moqq,

Aku rasa kalau semua ahli tertinggi UMNO boleh berpikir cam ko, maka semua akan lebih baik untuk UMNO. Kalau ko lah generasi UMNO akan datang(betui ke ko ketua cawangan skrg(kalau ye tahniah beb!), maka i see a future in Malaysia's world of politics.

skidall

kawaii_desu said...

when u r in the hotspot, it's irresistable and difficult to move away from that spot!

ntahla...
kalaulah org2 kita lebihkan banyak berfikir secara rasional...

mohsein shariff said...

My fellow teman,

thanks for the encouragement to keep going in this new cause - 'memartabatkan kembali UMNO'

soal berjaya atau tidak adalah bergantung kepada niat, iltizam dan usaha kita dalam membawa prospek baru dalam UMNO yang semakin sayup2 di mata generasi muda.

Atas dasar harapan menjadikan UMNO sebagai satu platform perjuangan mendidik anak bangsa yang satu hari nanti mampu berfikir secara ilmiah, penuh kerendahan diri dan tawakkal kepada Allah serta menyumbang tenaga bakti tanpa mengira apa balasan, maka saya percaya sinar itu masih ada untuk kita, insya Allah.

skidall,

pembetulan, bukan ketua cawangan; ketua pemuda cawangan. ;)

tks