28 March 2009

Persoalan terbuka untuk Sdr Ketua Pemuda UMNO

Salam Sdr Khairy,

Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah diatas pemilihan saudara oleh 'perwakilan G2' sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan bertugaslah! dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab kerana jawatan saudara datang dengan tugas yang berat dan penuh keinsafan dalam menambat semula hati majoriti rakyat Malaysia terutama anak-anak muda Melayu dan bukanlah satu jawatan untuk dicuba-cuba dan tidak dipandang serius hanya apabila sudah menang barulah mahu merangka perancangan. Tugas pertama yang bakal membebani saudara adalah menghadapi PRK di 2 bukit dan 1 batang; maka gempurlah ketiga-tiga kawasan ini dan berusahalah untuk menawan semula agar moral Pemuda UMNO akan kembali tinggi dan prestasi buruk 2 PRK yang lepas tidak berulang lagi.

Namun sebelum sempat saudara memacu sayap Pemuda UMNO ke medan pertarungan suka bagi saya untuk melontarkan beberapa persoalan yang pada hemat saya perlu ada jawapan dan hujah bernas untuk kami rakan pemuda UMNO kampungan boleh menerima keputusan yang dibuat hari Rabu sudah dengan hati yang lebih terbuka. Persoalan yang ingin saya kemukakan adalah seperti berikut;

1. Saya begitu hairan bagaimana Saudara begitu pasti dan yakin saudara tidak bersalah dalam kes lembaga displin padahal sudah jatuh hukuman bersalah ke atas saudara cuma dilepaskan dengan amaran. Sebagai seorang pemimpin yang kredibilitinya dicurigai adakah tidak menjadi satu risiko bagi saudara untuk terus bertanding dan memberi bebanan yang cukup hebat buat parti UMNO memberikan penerangan terhadap persepsi ini apabila saudara terpilih?! Nyata mimpi tersebut menjadi kenyataan apabila saudara benar2 terpilih dan sekarang pihak pembangkang boleh bertepuk tangan kerana mereka mempunyai senjata yang paling enteng iaitu kredibiliti saudara yang 'rasuah politik' tetapi diterima perwakilan G2 dek kedangkalan mereka membuat percaturan atau adakah perwakilan ini kemaruk habuan?

2. Tidakkah demografi calon-calon yang bertanding harus menjadi satu persoalan bagi perwakilan yang memilih sehinggakan terpilihnya 4 orang exco dari satu bahagian yang baru dan agak kecil iaitu PUTRAJAYA. Hebat benar orang Putrajaya waima 4 pemimpin mudanya terpilih untuk sama-sama menganggotai barisan saf saudara?

3.  Perlukah seseorang setiausaha bahagian diberi lebih tekanan dan bebanan sebagai seorang exco Pemuda tatkala keperluan pimpinan bahagian amat memerlukan seorang setiausaha bahagian untuk menguruskan perjalanan bahagian UMNO tersebut atau Setiausaha Bahagian UMNO Kepala Batas itu memang benar2 seorang yang 'multi tasking' dalam menjalankan tugas beliau?

4. Adakah kita sebagai pemuda UMNO yang setia tidak risau tatkala pemilihan exco berpihak kepada seorang bekas pimpinan PKR yang kini menjawat jawatan dalam UMNO Shah Alam. Sebagaimana kita tidak membenarkan saudara Ezam bertanding atas sebab musabab tertentu, bagaimana pula kita mengenalpasti calon atau sekarang ini terpilih sebagai exco tidak lebih merupakan kuda trojan bagi pihak lawan?

Saya merasakan persoalan ini harus dijawab oleh Saudara sendiri dan bagaimana saudara harus mengubah persepsi masyarakat tentang keupayaan saudara dan barisan kepimpinan Pemuda UMNO  dalam bergerak dan berdamping dengan anak-anak muda.  Kerana kita sememangnya tidak cukup masa dalam menghadapi PRU akan datang dimana lebih 9 juta pengundi baru akan berdaftar. Manfaat kan lah masa ini mendekati dan mendampingi mereka dan jangan sekali2 berpatah arang dan menidakkan peranan dan buah fikiran anak muda yang bakal menjadi penentu hala tuju pemerintahan negara.

Harap penjelasan saudara dalam soal ini.

Ikhlas,
Mohsein Shariff
KP UMNO cawangan Pokok Machang

1 comment:

Anonymous said...

UMNO semakin parah biarpun mempunyai kepimpinan yg baru. Sebab itu tidak hairan jika golongan muda yg intelek tidak berminat menyertai UMNO. Hanya segelintir golongan muda sahaja yg berminat menyertai UMNO dan minat itu bersebab. Sebab duit, pangkat dan kuasa...